Kemanusiaan

TERPAKSA GADAI CINCIN KAHWIN KERANA LOCKDOWN

Dalam tempoh PKP ini kerajaan terpaksa memilih antara nyawa atau ekonomi. Tanpa ekonomi, bahagian manusia akan hidup. Tetapi tanpa manusia, siapa yang akan memeriahkan ekonomi.

Bahang kepayahan hidup semakin terasa. Ini diceritakan oleh Alen Castello yang ingin pergi ke kedai pajak gadai untuk mendapatkan sedikit wang bagi menampung kehidupannya.

Tiada apa lagi yang mampu digadai selepas ini jika pandemik masih tidak reda di negara kita. Ini adalah realiti kehidupan kebanyakan orang B40 yang hidup dalam kesusahan.

Tambahnya lagi, bukan niatnya untuk menunjukkan kesusahan diri. Walaupun ramai yang menawarkan bantuan kepadanya, dia tetap tidak mahu sebarang bantuan daripada orang lain selagi dirinya boleh berdikari.

Ujarnya semasa dalam kedai pajak gadai,

Posting aku tadi jugak spontan kerana waktu aku ke kedai emas@ pajak gadai, ramai gila mak cik, pak cik beratur untuk menggadai barang kemas. Sehinggakan aku ke Ar Rahnu ( Sg 2 ) kat kampung aku la, stock duit utk gadaian dh habis!!! Can u imagine????

Alen Castello

Ramai makcik-makcik didapati beratur untuk menggadai emas mereka sehinggakan duit di kedai pajak kehabisan.

Dia menyarankan agar netizen bantulah mereka yang lebih memerlukan daripada dirinya.