Jual beli, Kewangan, Pelaburan

TESLA SETARA DENGAN X50?

Tesla sebenarnya berada pada level….

Di Malaysia Tesla telah memasarkan Model Y dengan harga yang merugikan penjual kereta rekon. Ada ke patut jual bawah RM200,000.00? Bagaimana mungkin car dealership nak cari makan?

Tahukah anda, penggunaan istilah kenderaan Autonomous ada beberapa level. Jom kita lihat level yang wujud.

Tahap 0 : Tiada bantuan automation

Pada tahap ini kenderaan memerlukan perhatian dan pemanduan sepenuhnya oleh manusia. Walaupun mempunyai fungsi gear automatik ia tidak dianggap AUTONOMOUS kerana ia tidak ‘memandu’ kenderaan tersebut. Untuk membelok, berhenti di lampu isyarat, semuanya memerlukan kuasa manusia. Tesla pada tahap ini kah? Hehe…tentulah tidak.

Jom kita lihat tahap seterusnya.

Tahap 1:

Ini tahap paling rendah dalam automation. Ia mempunyai satu fungsi seperti kawalan stereng atau kelajuan yang kita panggil Cruise control. Fungsi ini membolehkan penjagaan jarak selamat daripada kenderaan hadapan. Kenderaan seperti ini layak diberi pengelasan tahap 1 automation. Kereta yang saya guna sekarang ni, Corolla Altis 2011, 1.8 takde pun fungsi Cruise control. Haha…tahap 0 je la.

Fungsi ni ada pada kebanyakan kenderaan yang ada dalam pasaran. So tahniah pada anda. Tesla takkan lah pada tahap ini kan.

Jom tengok tahap seterusnya… Jeng jeng jeng

Level 2: Separa Bantuan

Pernah dengar ADAS? Bukan hadas kecil dan besar ya. Advance Driver Assistant System ini bermaksud ia mampu mengawal stereng ke kiri dan ke kanan, dan pemacuan laju dan perlahan, namun manusia perlu berada di tempat duduk hadapan dan perlu ambil alih sekiranya diperlukan. Tapi kereta apa yang berada pada tahap ini?

  • Toyota CRV
  • Proton X50
  • Mazda CX-50

Mereka yang pernah memandu CRV, apa pendapat? Macamana pengalaman memandu menggunakan teknologi ini?

Tahap seterusnya…

Level 3: Automation Bersyarat

Pada tahap ini, kenderaan boleh mengesan keadaan persekitaran dan boleh membuat keputusan seperti memacu laju, memotong kenderaan perlahan dan berada dalam jalan yang sesak. Bermakna jika ada orang berjalan di tepi jalan, kereta di sebelah, lampu isyarat, orang melinta, semuanya diperhatikan oleh sistem. Manusia tidak perlu memerhatikan semua perkara ini. Namun campur tangan manusia masih lagi diperlukan dan perlu bersedia untuk mengambilalih sekiranya system tidak mampu mengawal pemanduan.

Wow, best juga macam ni. Boleh lah berehat banyak kalau dapat beli kereta ni.

Nak tahu kereta pertama mendapat pengiktirafan tahap 3 ini? Ini keretanya.

2024 Mercedes-Benz S-Class And EQS

Habis tu Tesla berada di mana? Jom tengok tahap seterusnya.

Level 4 & 5

Pada tahan 4, kenderaan boleh melakukan semua kefungsian pemanduan kenderaan dalam keadaan tertentu. Pemandu ada pilihan sama ada ingin mengawal sendiri atau tidak.

Tahap 5 pula kenderaan boleh memandu dirinya sendiri. Ala, macam octomus Prime, bumble Bee dan seangkatan yang boleh memandu dalam semua keadaan. Hujan, jalan sesak, jalan kampung, lorong kecil dan semua keadaan lain. Pemandu boleh ambil alih jika ia mahu. Namun kebarangkaliannya kecil, kerana kenderaan telah mampu bergerak sendiri.

Tesla berada di mana?

Sedih saya nak sebut. Sebenarnya tiada satu pun kenderaan yang ada dalam pasaran mencapai tahap 4 mahupun 5.

Maafkan saya, Tesla hanya mencapai tahap 2 pemanduan autonomous. Peminat Tesla jangan bersedih. Saya pun minat Tesla.Kita doakan Elon Musk dapat membuat penambahbaikan pada IA software dan mampu mencapai tahap 5 dalamasa terdekat.

Persoalannya berbaloikah membeli dan memandu Tesla jika ia hanya pada tahap yang sama dengan CRV yang mempunyai ADAS? Dah la mahal.

Apa pandangan anda?