Jual beli, Kewangan, Pelaburan

CARA NAK KENSEL NAMA DALAM GERAN LEPAS BERPISAH DENGAN TUNANG

Suatu hari saya terima satu mesej whatsapp daripada seorang perempuan menyatakan masalah yang dihadapinya “Bolehkah nak tukar nama dalam SNP kepada nama saya sahaja?”.

Amalia, bukan nama sebenar mengenali Wahab, juga bukan nama sebenar sejak zaman belajar lagi dan pada tahun 2021 mereka telah melangsungkan pertunangan dan bercadang untuk berkahwin selang setahun.

Langit tak selalunya cerah, setelah setahun berlalu, tiada majlis perkahwinan berlangsung. Rupa-rupanya mereka berdua berpisah sebelum beberapa bulan majlis sepatutnya diadakan. Apa kisah disebaliknya, tidak pula saya tanya, dan tidak pula diceritakan.

Pembiayaan perumahan dibuat atas nama berdua dan SNP juga atas nama berdua. Dalam proses penjualan dan pembelian rumah ni ia melibatkan banyak pihak seperti:

  1. Peguam bank
  2. Peguam pembiayaan bank
  3. peguam pembeli
  4. Peguam penjual
  5. Pejabat tanah
  6. Bank pembiaya
  7. dan ramai lagi yang terlibat secara makro dan mikro

Jadi untuk tukar nama bukan semudah itu malah perlu berurusan dengan pelbagai pihak sekiranya ingin berbuat demikian. Ini sekiranya rumah masih dalam tempoh pembiayaan. Kalau pembayaran telah selesai, prosesnya adalah singkat dan lebih mudah.

Jadi, bagaimana nak keluarkan nama tunang dari geran?

Pejabat tanah tidak akan hiraukan permintaan kita disebabkan pemegang gadaian ialah bank. Jadi kita perlu mendapatkan kebenaran bank. Untuk berurusan dengan bank bukan mudah, bank juga tidak akan layan jika kita bukan nak buat penstrukturan bayaran atau full settlement. Kalau sekadar tanya baki, tak perlu pergi bank pun tidak apa, lihat dalam apps sahaja.

Jadi apa yang perlu dibuat?

Terpaksalah Amalia membuat pembiayaan semula (refinance) hartanah tersebut. Untuk refinance bukan semudah itu, kerana perlu ada kelayakan kewangan barulah ia boleh diluluskan. Bila dah refinance, beban kewangan juga akan meningkat. Asalnya bayar sebulan RM500.00, bila dah refinance perlu bayar RM1,000.00 pula sebulan. Selain itu, anda perlu tahu bawah ada kos tambahan yang perlu ditanggung jika refinance seperti upah jurunilai, takaful dan yuran guaman.

Tulah kenapa tak fikir panjang?

Nasihat saya kepada semua, kalau mampu buat loan atas nama sendiri, buat sendiri sahaja dan jangan letak nama orang lain selain nama anda dalam SNP. Kalau anda seorang yang berfikiran panjang, setiap orang guna nama sendiri, anda dan isteri akan boleh memiliki 6 buah rumah yang boleh digunakan untuk pelaburan masa hadapan.

Tapi kalau awal-awal lagi dah buat joint loan atas dasar kasih dan sayang yang entah kekal atau tidak, anda akan stuck pada tahap B40 sahaja. Untuk maju dan berharta, elakkan emosi menguasai semasa membuat apa-apa keputusan.