Jual beli, Pelaburan

MENGAPA BELI JIKA BOLEH SEWA?

  1. Ya betul, anda tidak perlu membeli rumah, memadai dengan menyewa dan mungkin itu yang lebih baik untuk anda.
  2. Tujuan membeli hartanah bukanlah hanya untuk mempunyai rumah sendiri tetapi hartanah yang baik akan memberi nilai yang besar kepada pemiliknya.
  3. Hartanah merupakan satu PERLINDUNGAN, bukan hanya untuk anda, tetapi untuk mereka yang tersayang. Bayangkan ke mana anak isteri anda akan menghuni setelah pemergian anda?
  4. Hartanah juga merupakan satu ruang untuk anda MENABUNG bagi jangka panjang. Walaupun pada awalnya terasa berat untuk membayar bulanan, tetapi lama-kelamaan ia menjadi milik kita sepenuhnya.
  5. Hartanah juga satu PELABURAN. Rumah yang dibeli hari ini dengan harga RM200,000 naik menjadi RM300,000 setelah 10 tahun.

Kawan-kawan, bila dalam diri tiada keinginan dan perancangan untuk membeli rumah, percayalah suatu hari nanti anda pasti akan terpaksa keluar dari rumah sewa tersebut sama ada disebabkan tuan rumah telah menjualnya atau kerana anak-beranak tuan rumah ingin mendudukinya atau apa-apa sebab lain. Pada ketika itu barulah anda tahu erti kesusahan hidup. Hartanah bukanlah untuk mempamerkan kekayaan, ia hanya agar hidup kita tidak menumpang ehsan orang.

Jika anda rasakan anda benar-benar tidak perlu membeli, pastikan alasan anda kukuh. Pastikan juga ada pelan B jika apa-apa berlaku kepada anda kelak.