Jual beli, Pelaburan

CASHBACK ITU BURUK?

Di bawah ni adalah pengalaman yang berlaku kepada Iqbal

JENIS RUMAHHARGA BELIANSURANSEWAANROI
Studio280,0001,200800-400

Cashback Rumah tu Simpanan 6 angka

Rumah yang dibelinya tidak menguntungkan untuk jangka panjang walaupun dia mendapat cashback diakhir proses. Wang yang banyak kadang-kala boleh mengaburi pemikiran hingga merugikan dengan kadar yang banyak. Walaupun mendapat RM40,000 dalam tangan, duit ini habis digunakan membayar ansuran bulanan kerana kadar sewaan yang lebih rendah dari kadar ansuran. Dan digunakan untuk menambah perabot rumah yang disewa.

Aku dulu beli rumah studio dapat 25k cashback, 15k lad, total 40k. Spend almost 20k furnish rumah, baki cash 20k. Tapi rumah negative cashflow 400 sebulan. Setahun 5k. Dalam masa 4 tahun, habis duit cashback tu.

IQBAL

Setelah beberapa tahun dia menjualnya pada harga rugi di mana perlu menambah RM25,000 dari duit poketnya. Ini adalah kesan daripada pembelian rumah dengan harga masa hadapan. Kebiasaannya ia berlaku apabila membeli rumah baru daripada pemaju.

Tahun 2020, jual balik pada 240k, beli 280k pada 2014. Baki loan ada 255k, campur kos agent dan lain-lain kena la topup 25k. Sudahnya cashback rumah pun habis dari awal ada 40k dan kena topup lagi 25k.

IQBAL

Siapa yang tidak berbangga jika mempunyai simpanan yang banyak dalam akaun. Bayangkan jika ada lebih RM100,000 dalam simpanan.

Masa aku dapat kunci rumah 2017, aku kalau boleh nak berbangga nak beritahu semua orang aku ada cashback 40k. Aku beli 3 rumah studio, jumlah cashback dekat 100k. Patutnya waktu itu aku berbangga dengan sebangga yang mungkin sebab aku ada 6 angka duit simpanan dari cashback dan lad. Biar orang kagum dan wow dengan aku, 6 angka duit simpanan pada 2017.Barulah orang kagum dan percaya dengan aku. Hebatkan. Kini semuanya dah habis, rumah negative cashflow kan. Jual pun kena topup 25k.

IQBAL

Sebenarnya Iqbal sarkastik berkenaan ajakan menjadi sepertinya. Apa yang dia kehendaki anda lakukan ialah jangan lakukan perkara tersebut jika tiada perancangan yang teliti bagaimana mengembangkan duit. Wang yang banyak tanpa perancangan yang baik akan habis tanpa keuntungan.

Jom jadi mcm aku, ada simpanan 6 angka pada 2017

IQBAL

KOMEN SAYA

Kalau anda benar-benar ingin melabur dalam hartanah, nasihat saya, beli dengan harga yang rendah, jual dengan harga yang tinggi. Dalam pasaran subsale anda pasti sukar untuk mendapat dengan harga yang berbaloi. Kebiasaannya jika anda mencari dalam mudah.my, harga rumah kebanyakannya adalah pada harga pasaran. Jadi untuk mendapat keuntungan dengan cepat dan segera, adalah agak sukar. Bukan tidak boleh, tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang sekurang-kurangnya 5 tahun dan ke atas.

Jadi saya cadangkan agar anda mencuba pasaran baru iaitu lelong. Tetapi ia juga mempunyai risikonya yang tersendiri. Carilah ilmu dahulu sebelum menceburi bidang yang baru.