5 CARA ELAK DITIPU BELI RUMAH
PERTAMA: Banyakkan membaca panduan-panduan yang ditulis oleh mereka yang berpengalaman mengenai tatacara pembelian dan penjualan rumah atau tanah. Terdapat banyak laman web dan juga grup yang membincangkan tentang hal sebegini. Buku peraturan dan undang-undang berkaitan seperti Kanun Tanah Negara, Peraturan Panduan Cukai Harta Tanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, Peraturan Pejabat Tanah, peraturan Majlis Daerah dan Perbandaran. Semua tulisan dan buku ini boleh didapati sama ada secara atas talian ataupun bercetak.
KEDUA: Dapatkan pandangan atau berjumpa sendiri pihak yang berautoriti seperti peguam, perunding hartanah, pegawai di Pejabat Tanah, Pegawai LHDN dan lain-lain supaya info yang didapati adalah sahih dan tepat. Mereka ini akan membantu memberi panduan mengikut bidang tugasan masing-masing. Anda perlu mengumpulkan semua info tersebut dan menghadamkannya agar boleh semua selok belok dilalui dengan mudah.
KETIGA: Semasa melawat rumah yang dicadang untuk dibeli, kenal pasti segala kecacatan fizikal yang boleh dilihat. Tips untuk anda, jangan lupa bertanya kepada ejen atau tuan rumah mengenai tanggungan kos yang terlibat sekiranya rumah tersebut mempunyai banyak kerosakan. Pastikan juga anda bertanya mengenai kemungkinan kerosakan yang tidak kelihatan seperti anai-anai, keretakan dan lain-lain.
KEEMPAT: Pembayaran perlulah melalui pihak yang dibenarkan peguam dan perunding hartanah. Bayaran yang dibuat melalui peguam itu mestilah dimasukkan ke dalam client account di firma tersebut. Jika dibuat melalui perunding hartanah, elakkan memberi wang tunai ataupun memasukkan ke dalam akaun peribadi ejen tersebut. Ini bagi mengelakkan sebarang penipuan yang mungkin berlaku. Masukkan duit tempahan tapi ke akaun agensi ejen tersebut.
KELIMA: Masukkan syarat tambahan dalam borang tempahan seperti deposit dipulangkan jika margin pembiayaan kurang dari 90%. Ini bermakna jika kelulusan bank hanya 85%, wang tempahan anda dipulangkan tanpa sebarang caj oleh tuan rumah atau ejen. Begitu juga jika terdapat apa-apa kerosakan dan pemilikk telah berjanji untuk membaikinya, ada baiknya tulis juga di dalam borang tempahan. Ini kerana setelah masa berlalu, kebiasaannya manusia akan lupa tentang janjinya. Jadi tulisan tersebut akan mengingatkannya tentang janjinya.