Jual beli, Pelaburan

SEBELUM BELI RUMAH SENDIRI

Tengah merancang untuk membeli rumah? Anda perlu tahu apa yang perlu anda lakukan seterusnya.

1. Jangan buat hutang jahat seperti pinjaman peribadi dan kad kredit. Sebaik sahaja anda mula buat pinjaman peribadi, anda kebiasaannya tidak lagi layak untuk membeli rumah yang bersesuaian dengan gaji anda. Ia telah memakan sebahagian besar dari gaji anda. Kad kredit pula, tidak dianggap JAHAT, jika anda berbelanja mengikut kadar sepatutnya. Tetapi ia adalah punca kebanyakan orang muda menjadi MUFLIS. Jadi hati-hati dengan kehendak diri.

2. Lindungi identiti diri: Jangan beri salinan kad pengenalan kepada sesiapa yang tidak dikenali. Jika anda berikan kepada sesiapa untuk urusan pendaftaran akaun telefon, unifi, pinjaman bank, pastikan ia telah dipalang terlebih dahulu.

3. Pastikan telah membayar hutang yang anda pinjam sama ada dengan rakan-rakan atau jiran-jiran. Kalau hutang dengan kengkawan pun anda tak bayar, satu masa nanti pastinya anda juga akan berbuat demikian kepada pihak bank.

4. Kesihatan diri perlu dijaga. Kadar takaful akan meninggi jika anda telah didapati mempunyai penyakit kronik.

5. Belajar menabung walaupun sedikit. Kita bukan anak menteri ataupun anak kayangan. Simpanan walaupun bermula dengan sedikit, ia akan menjadi banyak setelah bertahun menyimpan.

6. Tambah ilmu dengan membeli buku berkenaan hartanah atau menghadiri mana-mana seminar oleh mereka yang berpengetahuan luas. Membaca kunci ilmu pengetahuan. Malu bertanya, sesat jalan.

7. Jangan jadi penjamin kepada sesiapa pun termasuk adik beradik. Berapa ramai adik-beradik bergaduh dan masam muka disebabkan duit. Jadi, jangan mulakan.

8. Beranikan diri pergi ke bank untuk bertanya kelayakan pembelian rumah. Kalau nak mudah, wasap je perunding hartanah yang anda kenali untuk menyemak kelayakan diri anda. Lepas tu baru cari rumah idaman. Wanita lebih menyukai lelaki yang berwawasan, bukan yang hanya berperasaan lebih sahaja.

Baca lanjut di Fb Azizul Azli Ahmad