Pelaburan

JANGAN DITIPU EJEN. KENALI EJEN ANDA

Dalam entry kali ini, satu masalah telah dihadapi oleh seorang pembeli yang membeli melalui ejen hartanah. Ejen tersebut mengajarkan cara untuk membeli dua buah rumah sekaligus, yang biasa disebut multiple submission. Dengan cara ini, permohonan dihantar ke dua bank yang berbeza secara serentak. Sebagai contoh rumah A di bank CIMB dan rumah B di Maybank. Dengan cara ini, pembeli telah memperdaya sistem bank di mana pihak banker dan manager tidak dapat mengesan satu permohonan telah dihantar ke bank selain daripadanya.

Dalam kes ini, pembeli telah berjaya mendapatkan kelulusan dari dua buah bank bagi permohonan kedua-dua buat rumah. Yang menjadi masalahnya ialah harga belian adalah melampaui harga permintaan setempat yang hanya RM180k hingga RM220k. Sedangkan harga belian menjangkau RM270k dan RM280k, melebihi RM100k dari nilai yang sepatutnya.

Di sini terdapat dua kemungkinan:

Boleh jadi, ejen tadi telah memperdaya pembeli yang benar-benar inginkan rumah untuk dibuat pelaburan masa hadapan sedangkan tuan rumah hanya menjualnya pada harga RM180k sahaja. Dengan ini, ejen tersebut telah mengambil untung atas angin sebanyak RM100k bagi setiap rumah.

Boleh jadi juga, pembeli tadi membeli dengan harga RM180k tetapi telah membuat permohonan pembiayaan bank dengan harga RM280k. Dengan ini, pembeli telah mengumpul cashback sebanyak RM100k bagi setiap rumah.

Komen saya:

Double submission untuk membeli rumah sangat-sangat tidak digalakkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk melabur dalam hartanah. Mungkin pihak bank boleh meluluskan permohonan anda, kesannya anda perlu membayar harga rumah melebihi kelayakan anda. Ini kerana anda jika anda memang benar-benar layak dan mempunyai kewangan yang kukuh, pastinya bukan cara ini yang anda akan pilih. Cara ini dipilih hanya apabila anda tidak mempunyai kelayakan kewangan yang mencukupi.

Setelah anda berjaya memiliki rumah tersebut, anda perlu konsisten membayar kepada bank. Oleh itu, anda perlu mencari penyewa yang benar-benar boleh membayar bulanan dengan konsisten juga. Lebih-lebih lagi dalam suasana pandemik ini, ramai yang diberhentikan kerja dan tidak mempunyai punca pendapatan yang mencukupi.

Terdapat cara lain untuk membuat untung dalam hartanah, saya cadangkan anda mencuba pasaran lelong kerana banyak rumah lelong yang biasanya 50% murah daripada harga pasaran. Dengan cara ini anda mengikuti konsep pelaburan. Buy low sell high.