RAMAI GAGAL JADI PERUNDING HARTANAH. INI SEBABNYA
Apabila seseorang itu menyertai kerjaya sebagai perunding perejenan hartanah (REN) pastinya dia ada target dalam diri untuk mendapat sesuatu manfaat daripada kerjaya tersebut. Namun daripada pemerhatian terlalu ramai yang tewas apabila tiada jualan dalam 3 hingga 6 bulan pertama.
Tetapi itu bukanlah faktor utama kepada kegagalan tersebut. Faktor utama adalah faktor dalam diri sendiri. Kerana perubahan perlu datang daripada dalam diri. Di sini saya senaraikan faktor-faktor tersebut:
- Sikap negatif. Tiada aura positif ditonjolkan untuk mendapatkan hasil. Kerjaya sebagai REN memerlukan anda mengubah diri dari keadaan yang lepas kepada suatu keadaan baru.
- MALAS: Banyak rutin perlu dilakukan untuk berjaya dalam bidang ini. Ia bukan bidang goyang kaki dapat duit tiap bulan. Rutin ini pula perlu berterusan setiap hari setiap minggu. Kerjaya REN ni ia sama dengan kerja bermajikan tapi dengan masa yang lebih fleksible.
- Tidak fokus dalam berbisnes: Kerjaya REN juga memerlukan komitmen daripada REN itu sendiri. Apa sahaja kerjaya atau bisnes yang tidak ada penumpuan penuh, ia pastinya tidak akan berjaya.
- Suka-suka sertai: Sertai bidang REN disebabkan ajakan rakan sebaya. Bila tidak serius, pastinya apa yang dibuat separuh jalan. Dan pada kebiasaannya benda separuh jalan, tidak ada hasil yang memuaskan.
- Tidak tahan menghadap masalah: Ini juga satu halangan setiap REN. Setiap rumah ada seribu satu masalah yang perlu dihadapai dengan tenang. Kadang-kadang, masalah tersebut meleret hingga bertahun-tahun.
- Nak cepat kaya: Realiti dunia REN adalah berbeza, kerana anda perlu berusaha penuh untuk mengecapi kekayaan. Lebih baik kaya akhlak daripada kaya harta tiada akhlak. Sebenarnya kalau rajin memang boleh kaya. Tapi tiada istilah cepat kaya. Dalam filem, boleh lah. Kena usaha dulu beb.
- Harap kasih sayang dari ketua pasukan: Pada permulaan, team leader akan ajar semua selok belok bidang REN secara bersemuka dan boleh mengajar secara personal. Tetapi bilangan REN bukanlah seorang dua. Ramai yang mesti diperhatikan oleh team leader. Apabila hidup hanya mengharap ehsan orang lain, hidup tidak akan ke mana dan sukar untuk berjaya.
- Rasa rendah hati: Ini berlaku apabila tiada jualan dapat dibuat selama tempoh menjadi REN. Ini kerana pada setiap bulan, agensi akan memberi penghargaan kepada mereka yang berprestasi tinggi. Jadi sekiranya anda menjadi REN yang suam-suam kuku, nama anda tiada dalam sebutan. Akhirnya diri menjadi lemau dan semakin lemau.
- Tidak pandai berdikari: Kalau anda kerja bermajikan sama ada swasta atau kerajaan dan anda hanya mengharap tugasan disuapkan setiap hari kepada anda. Anda bukanlah sesuai dibidang ini. Akan tetapi jika anda seorang yang sentiasa berminda kreatif di jabatan atau syarikat anda bekerja sekarang ini, dan boleh bekerja tanpa pemantauan majikan, maka bidang ini sangat lanyak untuk anda. Apa lagi Jomlah sertai kami.
- Ramai yang teruja nak kaya cepat lalu ia menyertai sesi priviu penerangan kerjaya REN, tapi selepas itu, rasa tertipu kerana dapati kerjaya REN tidaklah semudah yang disangka. Benar ia tidak mudah tapi ia tidak mustahil. Tidak mustahil untuk jadi kaya dan tidak mustahil untuk kekal sahaja di takuk lama. Pilihan di tangan anda.
Hantaran kali ini adalah huraian daripada point yang diberikan oleh Cikgu Jamrus. Anda boleh klik link di bawah untuk mengenali beliau.