NASIHAT BUAT KAKI SAILANG LISTING
Kaki sailang itulah gelaran bagi mereka yang terdesak mencari sales tetapi dengan menindas ejen-ejen lain. Bukan pertama perkara ini berlaku dalam dunia REN. Etika tidak boleh dipelajari atas kertas. Etika adalah amalan perbuatan baik terhadap semua. Apabila Etika tidak diamalkan ia menyakiti ramai orang di sekeliling.
Di bawah ini ialah luahan REN yang bernama Cikgu Jamrus apabila berhadapan dengan situasi sedemikian
TEKNIK SAILANG REN- JAGALAH ETIKA
Kalau dah tahu listing tu, REN lain telah dilantik sebagai ejen eksklusif, janganlah potong rezeki REN tersebut
Cikgu jamrus
Antara satu teknik kotor yang digunakan oleh ejen tidak bermaruah ini ialah apabila nampak banner di hadapan rumah, lebih-lebih lagi di dalamnya ada tuan rumah, dia akan terus mengetuk pintu rumah dan cuba mendapatkan no telefon tuan rumah tersebut. Sedangkan sewajarnya dia menghubungi no telefon di atas banner untuk berkolaborasi dalam jualan rumah dengan ejen yang telah mendapat lantikan.
Kemudian mulalah dia mengayat tuan rumah agar membatalkan lantikan eksklusif ejen yang pertama dan mengaku telah sedia mempunyai pembeli walaupun pada hakikatnya tiada pembeli pun.
cikgu jamrus
Penipu akan terus menipu. Dia akan terus menerus memburukkan ejen tersebut.
Antara penipuan ejen penyailang tadi dia akan katakan bahawa lantikan eksklusif akan menyebabkan rumah terlambat jual. Jadi dia akan mencadangkan kepada tuan rumah agar buka lantikan umum (general) sahaja
cikgu jamrus
Dah menjadi adat resam penipu dia akan menghiaskan penipuannya dengan kata-kata manis
Dia akan katakan sanggup dapat komisen rendah jika dia yang jualkan
cikgu jamrus
Ejen penipu itu juga akan memburukkan ejen (REN) yang telah dilantitk eksklusif. REN penipu ini akan bergembira apabila misinya untuk memperdaya tuan rumah berjaya.
Kalaulah kes sebegini terkena pada saya, nescaya saya akan sekolahkan ejen tersebut
cikgu jamrus
Nasihat Cikgu Jamrus kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan sailang listing ejen lain
Beretikalah dalam urusan perniagaan, janganlah jadi terlampau terdesak. Jagalah hati rakan-rakan dalam bisnes yang sama. Takpelah, kerja saya cari listing pastu jual.
Cikgu jamrus
Penulis adalah Cikgu Jamrus yang merupakan seorang perunding perejenan hartanah yang berdaftar di bawah agensi Together Properties.
