Agama, Kemanusiaan

EBIT LEW TRANSIT DI KAHERAH

Bila dapat tahu Ebit Lew telah tiba di Kaherah, saya bersyukur kerana hamba Allah yang tidak henti-henti menyebarkan dakwah bil hal ini dengan bantuan kemanusian kepada mana-mana orang yang kesusahan, telah berada di lokasi yang berhampiran Gaza.

Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan NGO UK terkenal yang membantu GAZA.

Ebit lew

Walaupun beliau tahu misi kemanusiaan ini boleh membahayakan dirinya, tetapi ia bukanlah halangan kerana rasa cintanya kepada saudari muslim kita di sana, melebihi cinta terhadap dirinya sendiri.

Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini. Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Gaza.

ebit lew

Figur hebat ini telah disambut oleh kedutaan Mesir di Kaherah. Susuk tubuh ini telah dikenali oleh rakyat Malaysia sama ada di dalam atau di luar negara.

Terharu sangat dengan sambutan kedutaan Malaysia disini. Mereka sangat membantu dan memudahkan urusan kami. Betapa Negara kita sangat sayangkan Palestin.

ebit lew

Beliau memohon agar semua rakyat dapat membantunya melalui doa agar misinya mencapai objektif.

Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya. Semoga Allah SWT merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini.

ebit lew

Nasihat saya kepada netizen:

Layanan yang sama pastinya tidak akan diberikan kepada anda yang nobody. Untuk mendapat layanan seperti ini anda perlu menjadi somebody. Untuk menjadi somebody anda mesti melakukan something. Jangan harap anda menjadi somebody jika anda hanya melakukan nothing. Please do something rather than nothing.

Jika anda melihat perkara yang positif dilakukan oleh sesiapa saya, berikanlah sokongan kepada mereka. Janganlah hanya pandai mengecam tetapi tiada sumbangan dalam dunia sebenar. Jika anda tidak dapat menjadi seperti Ebit Lew, jadilah versi diri anda yang baik.