Agama, Kemanusiaan

ISRAELI MENONTON GAZA DIBOM

Pengeboman dan pembunuhan rakyat Palestin adalah satu pertunjukan hiburan kepada penduduk Israel. Mereka mewar-warkan propaganda bahawa apa yang dilakukan adalah pertahanan diri. Tetapi mereka sebenarnya perampas tanah orang lain tanpa hak. Malah gelaran pengganas sepatutnya digalas oleh mereka.

Amerika merupakan satu daripada punca keganasan kerana menyumbang RM3.6 bilion daripada wang cukai rakyat Amerika untuk membunuh rakyat Palestin. Bantuan ini disalurkan setiap tahun tanpa dikurangkan.

Mana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kononlah mendaulatkan undang-undang dunia. Tetapi merekalah yang mendiamkan diri dan menikus apabila negara Islam ditindas oleh sekutu Amerika.