Pelaburan

TAIKUN ZAMSAHAM BELI SYARIKAT BIHUN DARI TOKEY CINA

Taikun alaf baru Zamsaham telah berjaya menjadi pemegang saham terbesar di sebuah syarikat pengilang bihun terbesar di Malaysia. Ini berikutan syarikat tersebut telah melaporkan kerugian saban tahun hingga menyebabkannya dikeluarkan dari Bursa Malaysia.

Jenis-jenis bihun yang dihasilkan dikilang ini

Walaupun syarikat ini telah ditubuhkan sejak 1988 lagi, ia tidak pernah mencatatkan keuntungan selepas penawaran IPO hinggalah ia disenaraihitam boleh Bursa dan dimasukkan ke kumpulan PN17 iaitu syarikat yang tidak berdaya saing dan sentiasa dalam kerugian.

Setelah beberapa tahun bergelut, ia telah diumumkan bakal dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia.

Walaupun syarikat ini banyak berhutang, ia adalah syarikat yang mempunyai aset-aset tak alih yang banyak. Setelah semakan, aset yang didaftarkan di bawah nama syarikat masih ada. Doakan misi pengambilalihan ini berjaya. Dan saya akan tukar semua pengarah yang ada melalui Mesyuarat Agung kelak.

Zamsaham

Anda boleh lihat senarai aset yang dimiliki syarikat EKA Noodle Berhad seperti di atas.

Isu yang dihadapi

Beliau telah tidak mendapat kerjasama yang baik daripada setiausaha syarikat yang enggan mengumumkan pemilik baru yang juga pemegang saham terbesar syarikat. Setelah disiasat; hasilnya mendapati bahawa semua pengarah-pengarah sedia ada telah berpakat dengan setiausaha syarikat agar nama-nama pemegang saham yang besar iaitu melebihi 10% tidak diumumkan. Puncanya adalah kerana mereka takut pemegang saham terbesar akan memecat orang-orang lama (pengarah) daripada jawatan mereka.

Zamsaham sememangnya bercadang untuk memecat pengarah-pengarah sedia ada demi melantik orang-orang baru yang dipercayai untuk menerajui tampuk pentadbiran syarikatnya yang baru diambil alih tersebut.

Zamsaham juga dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Daripada apa yang disampaikan oleh Zamsaham, setiausaha syarikat telah cuai dalam menjalankan tugasnya untuk mengumumkan pemegang-pemegang saham terbaru.