Pelaburan

PERTUBUHAN EBIT LEW, ASMA HARUN TIDAK BAYAR ZAKAT?

Sekarang ni banyak pertubuhan kebajikan yang tumbuh terutama selepas berlaku musibah kepada saudara-saudara seislam dan mana-mana yang memerlukan. Contohnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun 2020, ramai yang menderma kepada Ebit Lew untuk membantu meringankan beban mereka yang kesusahan. Begitu juga ramai yang bersedekah melalui Aman Palestin untuk disampaikan kepada saudara-saudara kita yang di sana.

Sebagaimana yang kita tahu, sumbangan yang kita salurkan tanpa ragu  telah disampaikan kepada mereka yang sepatutnya.

Lihat video ini semasa us ebit sampaikan sumbangan.

Lihat juga Aman Palestin sampaikan bantuan. Tidak ada yang perlu kita ragu tentang sampainya sumbangan tersebut.

Kalau diikutkan kutipan yang dikumpul adalah melebihi jutaan ringgit. Persoalan, adakah mereka perlu membayar zakat?

Syarikat besar seperti Celcom, Digi, Bank Rakyat, Petronas membayar zakat mereka sebanyak 2.5% setiap tahun. Begitu juga Tabung Haji yang tujuan penubuhannya untuk membantu umat Islam menunaikan haji di tanah suci, ia juga membayar zakat.

Persoalannya adakah pertubuhan kebajikan perlu mengeluarkan zakat juga?

Untuk sesuatu syarikat dan pertubuhan dikenakan zakat ada beberapa syarat yang perlu diperhatikan

1. telah cukup setahun hijrah

2. mencukupi nisab (melebihi RM20,361.00) berdasarkan 85 gram emas.

Rasanya pertubuhan kebajikan tu, duit dalam akaun ada tak RM20k? Pandangan saya, tentulah lebih kan? Ebit Lew beli beras satu lori dan banyak lagi sumbangan kepada orang susah. Pastinya itu sahaja dah lebih RM20k.

Lihatlah juga pertubuhan yang dikelolai oleh Asma Harun, banyak bantuan disalurkan dengan bantuan sumbangan oleh orang ramai.

Jadi perlukah mereka membayar zakat?

Jika ya, zakat jenis apa? Zakat perniagaan? Zakat pendapatan? Zakat wang simpanan?

Tapi korang kena tahu, bukan itu sahaja syarat wajib zakat. Terdapat syarat lain sebelum zakat perlu dikeluarkan iaitu:

SEBELUM saya sebut jom kita lihat kewangan mana-mana pertubuhan kebajikan. Dari mana sumber kewangan mereka? Dari sumbangan orang ramai kan?

Jadi kita tahu mereka bukan entiti perniagaan. Mereka hanya membantu orang-orang yang kurang bernasib baik.

Persoalan seterusnya adakah wang dalam akaun pertubuhan itu, milik mereka? Korang rasa macamana?

Tidak. Semua tu kan duit orang ramai. Jadi duit tu bukan duit mereka. Duit orang ramai yang diamanahkan untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Oh ya, sebelum saya lupa, syarat wajib seterusnya  zakat ialah: PEMILIKAN PENUH.  Maksudnya harta tu perlulah milik kita sepenuhnya. Dalam kes pertubuhan kebajikan, harta tu bukan milik mereka. Milik orang ramai. Mereka hanya sebagai pengurus wang sahaja. Jadi syarat wajib zakat tidak terpakai kepada mereka.

Jadi sebagai kesimpulan…Pertubuhan kebajikan yang dananya datang dari sumbangan orang ramai, mereka tidak perlu membayar zakat.

Ada lagi ke harta yang tak perlu zakat? Dalam video akan datang insy allah saya terangkan.