Pelaburan

BANK ISLAMIK MAKAN RIBA?

Ramai yang nak membeli tapi tak berwang. Nak memiliki tapi perlu berhutang.

Ramai yang nak harga tunai perlu sama dengan harga ansuran. Tapi ramai yang tidak mahu menerima realiti bahawa harga tunai tidak semestinya sama dengan harga ansuran.

Cuba baca gambar yang saya letak di ATAS. Pembeli yang tidak faham telah menyalahkan perbankan islamik sebagai menindas dirinya. Tidakkah dia tahu bawah Islam membenarkan harga ansuran diletakkan lebih tinggi dari harga tunai?

Jika seseorang membeli sebuah motosikal secara tunai, dia hanya perlu membayar RM5,000.00. Tetapi disebabkan ketidakmampuannya dia memilih untuk membeli secara ansuran. Pemilik kedai memaklumkan, harga ansuran adalah sebanyak RM9,000.00. Dia perlu memilih untuk membayar secara ansuran atau tunai.

Harga adalah jelas
TUNAI: RM5,000
ANSURAN: RM9,000

Kalau dia mengatakan harga ansuran terlalu mahal, tawarlah harga agar persepakatan dapat dicipta. Pemilik kedai berhak menjual pada harga yang difikirkan sesuai.

Tiada siapa menipu sesiapa. Jika tidak bersetuju, maka pilihlah kenderaan lain yang dalam kemampuan anda. Basikal contohnya ataupin Motorsikal seken harga RM2,000.

Tetapi jangan terus menuding bahawa ISLAM menindas anda. ISLAM sama dengan bank konvensional. Golongan seperti ini secara tidak sedar telah menyalahkan para Ulama, dan seterusnya menyalahkan Allah dan Rasulnya.

Tidak mampu membeli, ada baiknya terus menyewa. Tidak perlu menyalahkan orang lain di atas kelemahan (kewangan) diri sendiri.