Kewangan, Lelong

KENAPA RUMAH LPPSA KENA LELONG?

“Untung la kau kerja kerajaan, senang nak buat pembiayaan perumahan”

“Lepas bersara terus dapat pencen setiap bulan”

Tapi realitinya berbeza kerana terdapat banyak rumah yang dilelong walaupun pembiayaan LPPSA. Korang boleh tengok laman web ni,

Banyak tersenarai rumah LPPSA disenaraikan untuk dilelong. Saya sebenarnya tertanya-tanya apa sebab berlakunya perkara ini. Kita semua tahu bahawa penjawat awam merupakan suatu pekerjaan yang tidak diingini pada satu masa dahulu kerana kadar gaji yang sangat rendah.

Namun situasi berbeza pada masa kini. Menjadi penjawat awam adalah suatu yang diidamkan oleh ramai orang. Bukan sebab gaji tinggi, tapi kerana kestabilan kewangan bulanan tanpa perlu kerisauan tentang gaji bulan hadapan.

Kalau penjawat awam bergaji stabil kenapa banyak rumah dilelong?

Perhimpunan Penjawat Awam

Penjawat awam mempunyai pilihan untuk bersara awal. Dalam peraturan setelah sekurang-kurangnya berkhidmat 10 tahun dan berumur tidak kurang daripada 40 tahun, mereka boleh bersara awal.

Wah untung lah boleh dapat pencen awal!!

Siapa kata?

Duit pencen hanya diberikan setelah mencapai umur bersara wajib iaitu 60 tahun. Jadi sepanjang 20 tahun bersara, tiada apa-apa wang pencen yang diberikan kepadanya. Ini bermakna ia perlu mencari kerja dalam tempoh itu untuk menyara kehidupannya.

Perarakan Polis Diraja Malaysia

Ok kalau tentera pula, bagi yang dah berkhidmat 21 tahun, mereka layak menerima pencen sejurus persaraan. Jumlah yang diterima tidak melebihi 3/5 gaji akhir. kalau gaji pokok akhir RM2000, wang pencen dianggarkan di antara RM800-RM1200 sebulan. Terdapat dari kalangan mereka yang tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan kerana harga rumah lebih tinggi berbanding wang pencen bulanan mereka.

Korang dah nampak kenapa rumah LPPSA banyak dilelong?

Tapi kenapa pulak diorang berhenti kerja sedangkan diorang patutnya dah selesa dengan keadaan diorang tu.

Ada pelbagai sebab kenapa diorang berhenti kerja. Mungkin ada yang ingin menceburi bidang perniagaan yang menjanjikan kekayaan, tapi realitinya tak ramai yang berjaya dalam perniagaan.

Ada juga yang diberhentikan ada sebab tindaakan tatatertib atau kes-kes jenayah. Mereka yang sebegini, tiada pencen untuk mereka. Apa-apa pun saya harapkan anda semua berjaya dalam kerjaya masing-masing dan jangan mengada-ngada nak berhenti kerja sebab nak join skim cepat kaya lah dan sebagainya.