Kemanusiaan, Kewangan, Pelaburan

KENA SCAM DENGAN OWNER? PADAN MUKA?

Biasa yang kita dengar tuduhan kepada ejen “markup harga, sebab tu harga mahal. Kalau beli direct owner mesti ko dapat lebih murah”. Ini terdapat satu kes, pembeli telah di’tipu’ oleh pemilik.

Kisahnya begini:

Pembeli membeli rumah secara terus dari pemilik rumah tanpa melalui ejen. Tidak pasti kenapa tidak melalui ejen. Antara sebab yang mungkin ialah pembeli tidak percaya kepada ejen atau pemilik tidak mahu menggunakan ejen sebab ingin jimat duit yuran ejen atau sebab-sebab lain.

Dalam kes ini, pada awalnya bank telah pun meluluskan pembiayaan sebanyak RM255k kepada pembeli. Tetapi setelah beberapa proses berlalu, pihak bank sebagaimana biasa akan menilai semula melalui jurunilai daripada panel yang dilantik oleh pihak bank. Harga yang dinilai oleh jurunilai adalah lebih rendah daripada daripada harga yang dijual oleh pemilik.

Tahu berapa bank luluskan?

Perjanjian Jual Beli yang tidak membantu pembeli?

Hanya RM189,000 berbanding harga yang dijual oleh pemilik.

Apa kesannya kepada pembeli?

Dalam kes ini, pembeli telah pun membayar deposit 10% kepada pemilik dan duit itu telah pun habis dibelanjakan. Kini pembeli amat tersepit kerana terpaksa membayar lagi RM40,000 tunai. Sedangkan semua wang simpanannya telah pun habis. Sepatutnya dia tak perlu bayar, tetapi disebabkan pemilik yang bersikap kapitalis nak pergi haji balik hari, pembeli kini terpaksa menanggung kerugian sama ada pembelian diteruskan atau dibatalkan.

Apa cara nak bantu pembeli ini?

Membaca jambatan ilmu

Nasihat saya ialah pastikan anda membeli melalui laluan yang betul. Biar rugi sedikit jangan merana berpanjangan.

Ini satu contoh kerugian yang dihadapai oleh pembeli kerana ingin membeli secara terus daripada penjual. Harga kebiasaannya diletak mengikut harga jiran-jiran sebelah. “Kalau jiran aku boleh jual rumah harga RM255k, kenapa aku tak boleh jual harga ni?”.

Sebenarnya harga rumah bukan boleh letak ikut harga jiran sebelah rumah atau depan rumah. Harga sepatutnya dinilai oleh mereka yang bertauliah dan berpengalaman di kawasan tersebut.

Apabila perkara ini berlaku, hubungi peguam anda dan lihat klausa di dalam Perjanjian Jualbeli yang seharusnya juga melindungi anda sebagai pembeli. Jika tiada klausa yang boleh menyelamatkan anda, anda terperangkap dalam proses jualbeli yang anda sendiri mulakan.

Ingat, bijak lah dalam membuat keputusan terutama dalam membeli rumah.