MATAWANG NEGARA YANG TIADA NILAI DI DUNIA
Negara Zimbabwe telah mengalami kekusutan ekonominya pada tahun 2002. Ini telah menyebabkan nilai matawang Zimbabwe merudum kepada USD 1 bersamaan dengan $Z600 (dalam pasaran gelap). Walaupun nilainya semakin rendah, masih lagi terdapat 1 Dollar Zimbabwe dalam pasaran seperti dalam gambar di bawah. Nilai syiling ini hampir tiada nilai untuk berurus niaga.
Pada tahun 2008, keadaan ekonomi semakin terus hingga menyebabkan kerajaan Zimbabwe terpaksa mengeluarkan not matawang $Z 500,000,000,000 (500 billion) Dollar yang apabila ditukarkan kepada USD hanya bernilai 1 dollar. Ini adalah kesan inflasi melampau 230juta% disebabkan salah urustadbir oleh Presiden Bob Mugabe.
Pada ketika itu, adalah lebih berbaloi untuk mengelap hingus menggunakan wang kertas berbanding membeli tisu tandas atau sapu tangan.
Seharusnya pemerintah menaikkan taraf ekonomi rakyatnya, akan tetapi Zimbabwe telah gagal hingga tahap inflasinya mencapai suatu angka yang sangat gila. Bank Negara berkenaan telah menghasilkan wang kertas 100 trillion dollar. Bagaimana rasanya jika memegang wang $Z 100 trillion dollar untuk ditukarkan di bank?
Nilai Dollar Zimbabwe!
Nilai yang semakin susut ini telah memberi impak kepada mata wang yang pernah dihasilkan dalam negara tersebut. Nilai duit syiling yang saya tunjukkan di atas lebih kurang USD 0.000000000002 atau RM0.000000000008 pada tahun 2008! Ini bermakna nilai logam yang digunakan adalah lebih tinggi dari nilai matawang tersebut. Jadi dapat disimpulkan matawang Zimbabwe adalah sangat-sangat mengarut dan tidak berguna.
Apa jadi dengan matawang tersebut?
Pada tahun 2009, Zimbabwe Dollar telah dinyah sahlaku dan tidak digunakan dalam negara. Ia digantikan dengan matawang USD.
Rumusan
Rakyat perlu memilih pemimpin yang pandai mentadbir negara. Tanpanya banyak keputusan yang salah akan dibuat dan akan menyebabkan ketidakstabilan dalam ekonomi. Inflasi yang berlaku adalah disebabkan keputusan-keputusan yang salah tersebut.
Jangan negara kita mengikuti beberapa negara lain yang duit mereka tiada lagi nilai walaupun berbillion dalam kocek rakyatnya.
JOM SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI DI PAUTAN DI BAWAH:
https://www.youtube.com/channel/UCHsqsngzJtt4WUzH8vBk7oA?sub_confirmation=1