KENAPA RUMAH ALIFF SYUKRI TAK LAKU-LAKU? INI SEBABNYA…
Rasanya ramai dah tahu yang Aliff Syukri nak jual rumah dia. Dah beberapa kali dia up dalam IG dia. Yang terkini dia bagitau rumahnya takde orang nak beli. Malah harga yang ditawarkan juga amat rendah berbanding rumah-rumah lain, di mana rumahnya telah diubahsuai dengan rekaan dalaman yang menarik. Itulah kata-kata darinya
Dia bersedih disebabkan tiada yang berminat untuk membelinya sehingga kini.
Namun perlu kita tahu terdapat banyak sebab mengapa rumahnya itu belum ada yang membelinya.
PERTAMA
Sekarang zaman pandemik dan PKP, kebanyakan syarikat kecil dan besar sedang bergelut untuk sustain dan kalau boleh mereka nak mengelak dari membuang pekerja. Syarikat besar inilah yang kita panggil T20. Mereka yang memegang saham yang besar dalam sesebuah syarikat dan/atau menjawat jawatan yang besar. Tidak kurang juga mereka yang makan gaji tetapi mempunyai gaji yang besar seperti mereka bekerja sebagai jurutera di syarikat carigali petroleum.
Mereka-mereka ini pastinya akan menumpukan terlebih dahulu perkara utama iaitu untuk survive dalam kemelut yang dihadapi pada ketika ini. Pembelian rumah bukanlah keutamaan bagi kebanyakan orang selagi mereka mempunyai tempat untuk berteduh.
Golongan T20 ini juga bukanlah ramai. Jumlah mereka tidak lebih dari 1% rakyat Malaysia. Jadi pastilah prospek untuk membeli rumah ini adalah sangat kecil bilangan mereka.
KEDUA
Harga rumah terlalu mahal. Dengan harga RM 6juta, anda boleh beli rumah yang lebih baik dari rumah ini, malah lebih luas lagi. Harga pula RM1,700 sekaki persegi. Banyak lagi hartanah lain berdekatan KLCC boleh didapat dengan harga yang lebih murah di bawah RM1500 sekaki persegi.
KETIGA
Yuran penyenggaraaan yang mahal. Dah la bayaran bulanan sehingga RM28k sebulan, penyenggaraan pula hingga RM2,000 sebulan. Hanya orang yang bergaji RM50k sebulan mungkin boleh beli. Sebagaimana kita tahu, ramai tokey-tokey besar terkesan dengan pandemik. Malah Paparich juga dikatakan telah memfailkan bankrapsi kerana tidak mampu untuk menanggung kos operasi hariannya.
KEEMPAT
Pelaburan hartanah yang gagal. Jika anda beli rumah ini untuk dilaburkan, anda perlu mandapatkan penyewa yang sanggup membayar RM30k sewa sebulan. Dikala pandemik, orang lebih cenderung untuk berjimat berbanding menjaga status untuk duduk di condo mewah seperti ini. Prospek sewa juga amat sukar untuk didapati pada ketika ini terutamanya. Peluang untuk mendapatkan penyewa juga mungkin semakin tipis jika keadaan seperti ini berterusan.
KELIMA
Lambakan rumah yang tidak terjual terlalu banyak dalam pasaran. Pembeli mempunyai terlalu banyak pilihan untuk mendapatkan rumah idaman mereka. Pastinya rumah tingkat meninggi ke atas kurang menjadi pilihan mereka. Kebiasaannya orang akan mencari rumah bertanah untuk merasakan kemewahan hidup, dengan rumah yang luas sekurang-kurangnya suku ekar tanah dan rumah pula banglo 2 atau 3 tingkat. Mengapa perlu pilih rumah yang overpriced berbanding dengan rumah yang setara dengannya. Bukan salah pembeli, bukan salah Aliff, tetapi keadaannya yang tak mengizikan.
KEENAM
Katakanlah ada pembeli berminat untuk beli rumah tersebut. Berapa lamakah akan dapat pulangan jika dia ingin menjualnya semua setelah beberapa tahun? Persoalan sebegini perlu dijawab bagi memudahkan perancangan akan datang. Jika sekarang harganya RM6 juta, dia perlu menjualnya sama ada RM7juta atau RM8juta. Barulah dinamakan pelaburan yang berbaloi. Tetapi tidak nampak harapan, harganya akan melonjak lebih tinggi buat masa ini, oleh itu, adalah tidak berbaloi jika ada yang ingin membuat pelaburan dengan hartanah ini. Mungkin setelah 10 tahun barulah akan dapat pulangan pelaburan in.
KESIMPULAN
Kalau ada duit dan berlebihan, boleh lah beli. Kesian Aliff Syukri yang dah lama iklan tapi belum ada yang nak beli. Sekadar nak membantu rakan seagama.
Tapi kalau ada nak buat duit melalui pelaburan hartanah, tolonglah lihat pelbagai aspek sebelum melangkah pergi bank bawak cash untuk beli rumah ini.
.