Jual beli, Pelaburan

KOS TERSEMBUNYI MASA BELI RUMAH

Nak beli rumah tapi ada ke kos tambahan? Kadang ejen pun tak cerita. Tanya owner, komfomla tak tahu. Tapi ada ke kos tersembunyi ni? Beli rumah RM300k, bayar RM300k je lah. Takkan ada kos lain pulak. Kan kalau lebih tu, riba namanya. Kan, kan, kan.

Sebenarnya apabila kita berurusan dengan pihak-pihak lain, mereka juga bekerja cari makan. Kita cari makan dengan kerja kita seharian, tapi mereka pula cari makan dengan menguruskan proses jualbeli, tukar nama dan lain-lain. Kalau membeli secara tunai dan terus berurusan di pejabat tanah, kos tambahan mungkin minima. Tapi siapalah yang mampu beli rumah secara tunai, kalau kita kerja makan gaji, apalah cara yang kita boleh kumpul ratusan ribu untuk membeli rumah secara tunai.

Tentu tidak, bukan.

Realiti kehidupan menyebabkan kita terpaksa akur kepada tetapan oleh manusia walaupun kita sebenarnya tidak bersetuju.

Pihak-pihak terlibat urusan jualbeli

Saya sebutkan di sini pihak-pihak yang terlibat sepanjang urusan jual beli rumah secara ansuran bank.

  1. Ejen Hartanah Berdaftar
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri
  3. Ejen bank
  4. pegawai bank
  5. Peguam pembiayaan bank
  6. Pejabat tanah
  7. Peguam pertukaran nama
  8. Syarikat Takaful
  9. Jurunilai hartanah

Anda rasa diorang ni kerja gajinya dibayar oleh siapa? Pastinya datang dari sesuatu sumber bukan? Korang rasa mana sumber kewangan mereka?

Setiap mereka itu ada bayaran yang perlu yang perlu dibayar kepada mereka bagi memastikan proses dapat berjalan dengan lancar. Kalau anda gagal membayar, mereka juga gagal melakukan kerja, walaupun sebenarnya bukan disebabkan mereka gagal culas, tetapi pergerakan mereka tertakluk kepada kesanggupan anda untuk mengeluarkan wang hasil titik peluh anda kepada mereka. Sanggupkah anda?

Berapa pula kos setiap daripada mereka itu?

Realiti kehidupan menyebabkan kita terpaksa akur kepada tetapan oleh manusia walaupun kita sebenarnya tidak bersetuju. Di bawah ini kos-kos yang anda perlu keluarkan untuk membeli rumah idaman anda. Kita bayangkan anda ingin membeli rumah berharga RM300k.

  1. Ejen Hartanah Berdaftar (3.18% iaitu RM9,540)
  2. Lembaga Hasil Dalam Negeri (1% +- iaitu RM3,000)
  3. Ejen bank (1% iaitu RM3,000)
  4. Pegawai bank
  5. Peguam pembiayaan bank (2% +- RM6,000)
  6. Pejabat tanah
  7. Peguam pertukaran nama (2% +- iaitu RM6,000)
  8. Syarikat Takaful (2%+- RM6,000)
  9. Jurunilai hartanah (RM1500+-)

Kadar yang saya sebutkan ini adalah anggaran kasar sahaja. Jika anda ingin tahu kadar sebenar, pihak-pihak berkenaan akan menyatakan sebut harga mereka ketika anda berurusan dengan mereka.

Berapa anggaran kasar?

Sebaiknya anda mempunyai simpanan yang agak kasar iaitu lebih kurang 8% dari harga rumah iaitu RM24,000 sebelum memulakan langkah membeli sebuah rumah. Tidak ada simpanan? Ada baiknya anda lupakan dahulu hasrat untuk membeli rumah buat seketika dan anda fokuskan tentang gaya hidup yang lebih sederhana.

Ada cara beli rumah tanpa keluarkan banyak duit macam tu?

Kalau anda tetap nak beli rumah, tetapi poket kiri dan kanan benar-benar kosong, ada saja cara untuk bantu anda. Anda perlu mempunyai pendapatan yang mencukup sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan dan DSR pula dalam keadaan minima. Anda boleh dapatkan pembiayaan 100% daripada pihak bank ditambah 5% lagi bagi menampung kos-kos lain.

RUMUSAN

Jika anda membeli sama ada melalui ejen atau secara terus daripada pemilik rumah, anda perlulah mempunyai pengetahuan asas ini sebelum bersetuju untuk datang melihat rumah. Tanpa kelayakan yang munasabah pastinya loan anda sukar diluluskan lebih-lebih lagi anda tiada sebarang simpanan untuk menampung bayaran-bayaran yang tersembunyi ini.