Jual beli, Kemanusiaan

TIPS CARI PENYEWA RUMAH YANG BAIK

Ini adalah perkara yang menghantui ramai orang apabila mencari penyewa rumah. Banyak cerita yang tidak enak didengari seperti penyewa tak nak bayar sewa. Dah lah tak bayar, tak nak keluar pula tu. Owner terpaksa menanggung kerugian membayar ansuran bank. Asalnya beli rumah, nak sewakan untuk dapat keuntungan pasif, tapi dapat pula penyewa yang sebegini. Rugi bertambah rugi.

Tapi tak semua orang yang menyewa macam tu. Kita tak leh pukul rata semua jahat. Ramai juga pemilik rumah yang selesa dengan penyewa yang pandai jaga rumah, bayar sewa tepat masa dan banyak lagi faktor yang menjadikan pemilik redha dengan penyewa mereka.

Di sini saya bekalkan kepada anda cara untuk mendapatkan penyewa yang -Insya Allah- rajin bayar sewa ikut masa yang ditetapkan. Apa yang perlu anda buat adalah dengan menyemak latar belakang mereka sebelum bawa melihat rumah lagi.

Tips dapatkan penyewa yang baik

Ya, jangan terus bawa tengok rumah yang kita nak sewakan. Minta bakal penyewa tu memberikan sedikit maklumat latar belakangnya. Biasanya bakal penyewa yang serius mencari rumah, dia akan berikan maklumat yang kita minta.

Maklumat yang diperlukan daripada mereka adalah seperti di bawah:

  1. Nama: Penting untuk kita tahu, senang nak bertegur sapa dalam wasap. Kalau nama pun susah nak bagi, lagilah perkara-perkara lain.
  2. Warganegara/Bangsa: Kita perlu tahu, sama ada bakal penyewa ini adalah warga negara atau bukan. Sebab kadang-kala bila berwasap, hanya dalam bahasa Inggeris, kita tak tahu sebenarnya dia orang Malaysia atau bukan. Kalau berlaku apa-apa nanti, benda ni akan memainkan peranan. Orang luar dengan orang dalam, reaksi mereka agak berbeza.
  3. Jumlah penginap: Kita perlu tahu supaya penyewa tu tak bawak satu kampung duduk dalam rumah tu.
  4. Keluarga atau bujang: Kalau family minta berapa yang akan duduk dalam tu. Kalau dapat tahu siapa yang akan menginap lagi baik. Kalau bujang yang nak duduk, kita perlu setkan maksima berapa orang yang boleh masuk dalam rumah tu. kalau ada 3 bilik, sepatutnya maksima 6 orang iaitu sebilik 2 orang. Kita hadkanlah berapa maksima yang boleh masuk dalam rumah tu.
  5. Kerja dan Nama majikan: Daripada bidang pekerjaan ni, kita boleh bayangkan tahap kewangan seseorang penyewa tu. Sebagai contoh: Kalau kerja pengawal keselamatan, tapi nak cari rumah semi D lot tepi, ketepikan la dulu. Tak perlu bawak tengok rumah pun, cadangkan kat dia rumah lain. Bukan tak percaya, tapi berhati hati. Yelah jumlah gaji dengan sewa rumah pun macam tak ngam. Takut sangkut je manjang nak bayar sewa.
  6. Tarikh masuk: Kita perlu tahu sama ada dia nak masuk segera atau bagaimana. Ia sebenarnya memudahkan kita merancang jika rumah masih ada penyewa, dan akan keluar tidak lama lagi. Jika tarikh tersebut sesuai, maka bolehlah diadakan perbincangan lanjut.
  7. Tempoh ingin menyewa: Ini juga memainkan peranan. Walaupun dia ingin menyewa selama dari 3 tahun ada baiknya tempoh penyewaan ini dibuat 2 tahun kemudia di sambung setahun kemudian.
  8. Bajet bulanan: Ini sebenarnya menunjukkan kesanggupan penyewa untuk membayar secara bulanan. Benda ini jugalah yang selalu menjadi pertikaian apabila penyewa tidak mampu membayarnya setelah berbulan-bulan membayar dengan baik. Jadi kalau permintaan ini, anda tidak dapat penuhi, ada baiknya cari penyewa lain.

Dah dapat maklumat daripada bakal penyewa anda? Dengan maklumat yang terhad itu, anda perlu nilaikan sama ada perlu teruskan atau tidak, dengan penyewa tersebut.

Rumusan

Maklumat yang anda perolehi ini sebenarnya sudah cukup untuk menilai siapa bakal penyewa anda. Kalau tersalah pilih, banyak kerugian kepada anda terutama emosi anda yang terganggu menjadikan anda tidur tidak lena dan tekanan darah juga makin meningkat. Kalau anda ada sakit jantung ada baiknya elakkan cari penyewa yang tidak dikenali latar belakang mereka.

Paling tidak boleh percaya kadang kala, orang yang mungkin rapat dengan kita. Nak marah, saudara mara. Dapatkan maklumat sebegini dahulu sebelum anda mendapatkan penyewa. Biar senang susah sikit sekarang, tapi tenang hingga bila-bila. Betul tak?

JOM SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI DI BAWAH INI:

https://youtu.be/eM-Zk5ysqi8