Kemanusiaan, Pelaburan

KWSP BERJUTA HABIS DALAM MASA 2 TAHUN

Perunding Takaful Ahmad Humaizi berkongsi pengalaman beliau mengenai mereka yang menjadi miskin walaupun asalnya mempunyai simpanan KWSP yang banyak.

1. Orang ini bersara pada tahun 2019 dengan simpanan sebanyak sejuta lebih. Jadi apabila tidak pernah memegang duit dengan jumlah yang banyak seumur hidupnya pastinya akan cuba untuk menggandakan wangnya.

2. Semua pelaburan nampak indah di matanya. Tidak nampak risiko bahawa pelaburan yang berkeuntungan tinggi maka risikonya pun tinggi.

3. Walaupun gaji terakhir beliau RM30,000 sebulan, tetapi apabila mendapat RM1 juta sekaligus, terlintas dalam minda nak beli pelbagai barangan.

4. Apabila umur telah bersara baru nak mulakan perniagaan, modal yang perlu dikeluarkan melebihi ratusan ribu. Rancangan beliau ingin membuka kedai makan hipster agar boleh tarikh ramai pelanggan. Akan tetapi perancangannya tak menjadi. Datangnya pandemik, semua musnah.

5. Dengan duit KWSP itu juga beliau membeli kereta 4WD dengan anggapan orang bisnes perlu guna kereta sedemikian, kalau kereta sedan biasa, jatuh taraf.

6. Perniagaan yang dimulakan dengan wang KWSP tak menjadi. Angan-angan untuk mendapat keuntungan besar tak kesampaian.

Nasihat beliau

Wang KWSP bukanlah untuk perniagaan, tetapi ia wang untuk menghabiskan masa tua. Jika ingin berniaga, mulakanlah dengan ilmu. Dan mulakanlah dari usia muda. Bukannya dah bersara baru nak berniaga.

2. Mulakan juga dengan bisnes kecil-kecilan sewaktu masih lagi bekerja.

3. Ketika duit banyak di tangan, nafsu manusia akan membuak-buak untuk berbelanja sakan. Jadi perlukan keimanan yang kuat. Asingkan duit yang banyak tu ke dalam akaun lain. Gunakan sedikit-sedikit apabila perlu sahaja.

4. Belajarlah dahulu selok belok perniagaan. Permainan bisnes perniagaan adalah berbeza dengan bidang makan gaji.

5. Cubalah berjinak-jinak berniaga semasa masih berkerja secara kecil-kecilan terlebih dahulu.

6. Manfaatkan pengalaman sebagai seorang profesional semasa sebelum bersara dengan menceburi bidang yang berkeupayaan yang sama. Pengalaman tersebut mungkin berguna untuk meneruskan kehidupan selepas bersara. Contohnya bidang rundingan.

7. Jangan bina perniagaan dari bidang yang tidak pernah ada pengetahuan dalamnya.

Jika anda ingin membaca lebih lanjut klik saya pautan laman facebook Ahmad Humazi di bawah ini.