Agama, Pelaburan

HARAM GUNA TOUCH N GO+. INI PENJELASANNYA

Produk baru telah dilancarkan oleh Touch ‘n Go iaitu GO+ bagi mereka yang ingin melaburkan wang mereka secara pasif melalui medium yang disediakan. Pada ketika ini ia telahpun menjangkau 1 juta pelanggan. Sukar dipercayai, namun ia adalah benar. Anda boleh lihat di pautan di bawah:

https://www.bharian.com.my/…/touch-n-go-cecah-sejuta…

GO+ memberi kelebihan kepada pemilik e-dompet TNG di mana baki akaun mereka akan mendapat faedah harian sebanyak 1.47% setahun. TNG mensasarkan sejuta pengguna GO+ sehingga akhir tahun 2021.

Namun masalahnya bagi pengguna Muslim adalah GO+ melaburkan baki akaun pengguna di dalam Dana Pasaran Wang (Money Market Fund) yang diuruskan oleh Principal Asset Management (Principal), iaitu kerjasama di antara Principal Financial Group dengan CIMB Group Holdings.

Justeru, untuk makluman semua pengguna, Umat Islam TIDAK DIBENARKAN menyertai Go+ buat masa ini kerana produk sedia ada ini adalah TIDAK PATUH SHARIAH disebabkan pelaburan yang dilakukan secara bercampur tanpa sebarang pemantauan Shariah.

Ini petikan dari web TNG sendiri yang mengakui produk ini belum melancarkan segmen patuh Shariahnya.”No. It is not Shariah-compliant as the fund’s underlying investments are in both Islamic and conventional banking products. However, we are currently looking at rolling out Islamic Fund(s) via TNG eWallet. We must ensure that we are in full compliance with the Shariah requirements before we roll it out to customers; hence, it will take some time to have this made available to customers.

( rujuk link https://support.tngdigital.com.my/…/1500004594921-Is…

SUMBER: Dr. Zaharuddin Abd Rahman