KEMUNAFIKAN SYARIKAT TEKNOLOGI BESAR
Twitter telah memadam satu ciapan yang dibuat oleh Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari dengan alasan ia mengandungi suatu yang bercanggah dengan polisi Twitter. Lalu apakah tindakan negara Nigeria? NIGERIA MENGHALANG TWITTER.
Dah korang hapuskan ciapan presiden mereka, maka diorang pun bertindak balas dengan menghalang dan menutup akses Twitter di negara mereka.
Kemudian apa yang Twitter lakukan? Mereka mengadu yang mereka bersedih atas apa yang dilakukan oleh negara Nigeria terhadap mereka. Malah mengatakan internet adalah sepatutnya bebas diakses oleh sesiapa sahaja. Namun boleh saja kalau rakyat Nigeria yang mahu akses menggunakan VPN.
Itulah realiti munafik dan hipokrit apabila syarikat besar sentiasa menganggap diri mereka sebagai mangsa apabila ada yang bertindak balas terhadap mereka. Sama juga dengan geng Zi*nis yang bebas melakukan keganasan, tetapi apabila orang ramai bertindak balas menyebarkan kekejaman zi*nis, mereka telah disekat akses.
Ketika ini, di mana suara hak asasi rakyat Palestin yang mahukan suara dan penderitaan mereka didengari dan diketahui umum? Apabila terdapat penghinaan terhadap Islam, mereka benarkan atas nama kebebasan bersuara, tetapi sesiapa sahaja yang mengkritik Zi*nis akan dihapuskan ciapan dan hantaran mereka.
Mereka inilah golongan yang kononnya sering memperjuangkan kebebasan bersuara, tetapi jika ada yang tidak bersetuju dengan elGiBiTi akan didiamkan dengan kuasa teknologi mereka. Pada mereka, merekalah penentu betul atau salah hinggakan mampu menjatuhkan pemerintah yang tidak sehaluan dengan polisi dan algorithme mereka.
Akan wujud golongan Islamofobik yang mengatakan “Kalau tidak suka, jangan lah guna. Jangan guna apa jua platfom sosial!!”
Teknologi dari satu sudut, sangat baik dan bermanfaat untuk semua. Walaupun teknologi ini ciptaan mereka, seharusnya kita mahirkan diri dalam penggunaannya dan menyerang kembali penciptanya sehingga mereka tidak lagi membuat sesuka hati mereka. Inilah baru dinamakan senjata makan tuan.
Subscribe Telegram Bro Firdaus Wong ~ https://t.me/brofirdauswong