Jual beli

BAYAR LOAN 5 TAHUN, BAKI HANYA BERKURANGAN RM5000?

Biar

Ini antara luahan mereka yang tidak berpuas hati dengan pembiayaan LPPSA. Pengadu menyebut telah membeli rumah sejak 2015 dan membayar dengan taat dalam tempoh tersebut. Tetapi setelah 5 tahun berlalu, didapati hanya berkurangan RM5,000 sahaja. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana jumlah ini terlampau sedikit berbanding wang yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh tersebut.

Pada kebiasaannya pembiayaan LPPSA memerlukan anda mencarum untuk perlindungan MRTT selama tempoh pembiayaan tersebut. Katakanlah anda berumur 30 tahun, wang tambahan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM13,6050. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar ialah RM235,206.66

Untuk makluman semakin tinggi umur anda, semakin tinggi caruman MRTT yang perlu dibayar oleh anda.

Kembali kepada persoalan penanya di atas, mengapa hanya berkurangan RM5,000 walaupun telah membayar ansuran bulanan selama 5 tahun?

Jawapannya ialah pembiayaan rumah anda, bukanlah RM220,000 tetapi RM244,602.42. Jadi berdasarkan baki yang disebutkan iaitu RM215,000, jumlah yang telah dibayar selama 5 tahun tersebut ialah RM5,000 + RM24,602 bersamaan dengan RM29,602.

Jadi apa yang disebutkan baki hanya berkurangan sebanyak RM5,000 adalah TIDAK BENAR kerana telah menganggap pembiayaan hanya berjumlah RM220,000 sahaja.

Tanggapan sebegini telah menyebabkan ramai menganggap LPPSA telah menzalimi orang ramai dengan menipu jumlah sebenar pembiayaan. Malah lebih zalim lagi jika ada yang mungkin mengaitkan skim pembiayaan islamik mengandungi RIBA yang HARAM.

Sedangkan fakta sebenar, perkiraan andalah yang tersalah dan dalam kontrak anda dengan LPPSA juga telah dinyatakan pembiayaan sebenar yang perlu anda tanggung sepanjang dalam tempoh tersebut.

Perlu diingat, pembiayaan LPPSA bukanlah pinjaman. Pembiayaan LPPSA adalah jualbeli di antara anda dengan LPPSA sebagai pemegang gadaian/ pemegang taruh dalam hartanah yang dibeli. Jumlah yang ada bayar adalah adalah selaras dengan perjanjian anda iaitu sebanyak RM419,361.

Ketika anda menandatangani perjanjian jual beli, anda telah bersetuju dengan harga jualan yang disebutkan oleh LPPSA. Malah telah disebutkan dengan jelas harga jualan tersebut. Ketika anda menandatanganinya anda telah pun sedia maklum, tetapi setelah beberapa waktu, anda melupainya lalu menganggap LPPSA telah menzalimi anda?