Agama

EBIT LEW TERBANG KE GAZA

Inilah manusia yang saya kagumi. Masha Allah, Tabarakallah. Terus menerus berbuat kebajikan. Walau manusia mengeji dan menghina, tiada keluhan darinya. Beliau sentiasa mengucapkan syukur kepada Allah dan sentiasa mencari cinta Allah.

Ini boleh didapati dalam ucapan beliau.

Pohon doakan ya Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin. Semoga Allah bantu dan mudahkan semuanya. Ya Allah bantulah kami dan hanya kepadaMu kami berserah.Terima kasih Dato’ Seri Hishammuddin dan Wisma Putra kerana sokong dan bantu permudahkan misi kemanusiaan ini.

Ebit Lew

Kalau dahulu beliau juga terkait dengan kontroversi rentas negeri dan sebagainya begitu juga kecaman daripada pembenci beliau. Kini tidak lagi. Beliau sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

Kini beliau sekali lagi keluar negara. Kalau sebelum ini, beliau ke Afrika. Kali ini beliau ke Gaza pula. Moga ia menjadi asbab bantuan Allah kepada Malaysia untuk menangani Covid-19.

Semoga setiap usaha kita demi rakyat Palestin dirahmati Allah SWT. Terima kasih DYAM Tengku Mahkota Johor yang memberi semangat dan doa. Terima kasih dan penghargaan juga kepada YAB Perdana Menteri Malaysia yang turut memberi sokongan misi kemanusiaan ini demi rakyat Palestin.Terima kasih Turkish Airlines sponsor tiket. Semoga menjadi asbab kebaikan.

ebit lew