Agama, Jual beli

KEBAIKAN BELI MOTOR SECARA CASH. INI SEBABNYA

  1. Tidak ada kedai motor yang menyediakan pembiayaan secara islamik. Ini kerana semua kedai dikuasai oleh non-muslim dan mereka tidak kisah sama ada pembiayaan islamik atau tidak. Pada mereka, setelah jualbeli berlaku, yang mereka nampak ialah keuntungan.
  2. Tiada pemantauan oleh Bank Negara Malaysia jika kedai motor membuat skim pembiayaan ansuran. Sebab itu apabila berlaku kegagalan membayar ansuran kedai, nama tidak disenaraihitam di dalam CCRIS.
  3. Anda tidak tahu jumlah sebenar yang anda bayar jika membeli secara hutang dari kedai. Walaupun atas kertas tercatat RM11,980 tetapi hanya boleh mengira harga motor setelah membayar habis. Dengan akad islamik harga motor yang dibeli secara tunai disebut secara jelas dan jika membeli secara ansuran jugak disebut dengan jelas. Tiada caj tersembunyi.

Harga jualan secara ansuran adalah tidak sama dengan membeli secara tunai. Ini telah sedia maklum oleh semua. Namun persetujuan harga penuh perlu dicapai sebelum pembeli menyatakan persetujuan untuk membelinya.

Sebagai contoh motor yang berharga RM11,980 ini jika anda membeli secara ansuran, katakanlah pihak kedai inginkan keuntungan sebanyak RM5,000 sebuah motosikal. Ia terus menyatakan harga jualan RM11,980 + RM5,000 iaitu RM16,980 disepanjang tempoh pembelian. Jika anda bercadang membuat ansuran selama 3 tahun, maka jumlah bulanan adalah RM16,890/36 bulan bersamaan dengan RM471 sebulan. Tiada pertambahan kos dibenarkan dalam tempoh ini.

Apa yang penjual perlu sebut ialah:

Saya jual motorsikal Y16 ini pada harga RM16,980 dengan ansuran selama 36 bulan sebanyak RM417 sebulan.

Akad penjual

Jika pembeli bersetuju dengan harga muktamad tersebut, maka pembeli perlulah menjawab

Saya bersetuju membeli motorsikal Y16 pada harga 16,980 secara ansuran selama 36 bulan dengan bayaran RM417 sebulan.

Akad pembeli

Jika pembeli tidak bersetuju dengan harga tersebut, saya cadangkan beli sahaja secara tunai. Untuk jangka panjang, anda sebenar telah untung sebanyak RM5,000 berbanding membeli secara ansuran.

Jangan ada pula yang menuduh, cara yang disebutkan di atas adalah RIBA. Ada baiknya anda belajar lebih mendalam untuk bezakan antara JUAL BELI dan RIBA.

Tambahan kepada info di atas. Ada baiknya anda terus memohon Motorcycle Financing yang disediakan oleh Aeon kerana saya amat pasti tiada kedai yang menyediakan pembiayaan islamik melainkan anda perlu mencari pihak ketiga seperti Aeon.

Antara keburukannya ialah anda perlu membayar kadar keuntungan sebanyak 0.4% sebulan iaitu 4.8% setahun. Kadar ini agak tinggi bagi pembiayaan kenderaan. Jadi anda boleh lihat dalam jadual di bawah anda perlu membayar ansuran sebanyak RM776.00+- sebulan selama 60 bulan. Berbanding dengan kiraan yang saya lakukan di atas hanya RM427 selama 3 tahun. Di sini pula 60 bulan, tetapi bayaran lebih tinggi. Kita tahu bahawa AEON mengambil untung yang agak tinggi.

Macam yang saya sebut, mana-mana pembiayaan islamik, anda akan diberikan harga sebenar pembiayaan motosikal tersebut dan tiada caj tersembunyi malah tiada kenaikan bayaran disebabkan kenaikan BR atau BR oleh Bank Negara.

Bagaimana jika pembeli gagal membayar ansuran? Ini akan kita bincang dalam tajuk yang lain.