Jual beli

SIAPA YANG LAYAK PEGANG GERAN?

Nama anda ada dalam geran. Tapi bukan nama anda seorang, ada nama-nama yang lain tertulis dalam geran tersebut. Geran tersebut pula telah diwarisi oleh datuk atau nenek anda. Jadi ini bukanlah tanah yang anda blei dengan wang titik peluh anda seharian.

Anda mungkin tidak kisah siapa pun yang memegang geran ini. Tetapi bila tiba kepada giliran anda dalam kesusahan dan memerlukan sesuatu yang melibatkan geran, pasti anda akan mengambil berat tentangnya.

Jadi siapa yang layak pegang geran?

  1. Kebiasaannya pemegang peratusan paling besar yang memegang geran. Contohnya paklong memegang bahagian paling besar. Jadi dialah yang akan memegang geran tersebut.
  2. Cara lain adalah dengan membuat penggiliran sesiapa yang namanya di dalam geran. Contohnya ada 10 orang dalam geran. Jadi buat penggiliran mengikut tahun. Untuk itu, perlulah diadakan mesyuarat dan perbincangan dengan penama-penama di dalam geran.
  3. Simpan di pejabat peguam. Untuk ini membuat sedikit pembayaran kepada pihak peguam. Ia boleh dilakukan dengan syarat semua penama bersetuju.
  4. Cara seterusnya pula memerlukan anda membuat permohonan di mahkamah iaitu melantik seorang pentadbir bagi geran tersebut. Dengan ini hanya pentadbir yang akan melaksanakan semua arahan-arahan dan permintaaan penama-penama di dalam geran.
  5. Keenam, anda boleh terus pergi ke pejabat tanah untuk membuat carian. Tujuannya adalah untuk memastikan tiada perubahan dibuat oleh pemegang geran. Anda juga boleh mengetahui status terkini tanah tersebut.
  6. Yang terakhir, anda boleh mengekemukakan permohonan untuk membuat geran pendua. Cumanya anda tidak boleh membuat sebarang transaksi dengan geran pendua ini. ia hanya sebagai satu rujukan untuk simpanan anda.

Semoga cara-cara yang saya sebutkan di sini dalam diambil manfaat daripadanya. Jangan lupa like dan subscribe channel youtube kami di bawah ini.

https://www.youtube.com/channel/UCHsqsngzJtt4WUzH8vBk7oA