Kemanusiaan

HAPUS TIMUN ELAK RUGI: PELIK TAPI BENAR

PETANI DI KUANTAN MUSNAHKAN TANAMAN

Saya masih tidak percaya dengan apa yang saya baca di media sosial. Jadi saya klik pautan di Harian Metro. Saya masih terfikir kenapa dia nak musnahkan semua tanamannya yang telah pun membuahkan hasil? Untuk memusnahkan tanaman, dia perlu meracun agar semua cepat mati. Dia boleh upah orang untuk meracun tetapi tidak mampu bersedekah?

Bukankah kalau disedekahkan atau dijual sahaja kepada orang ramai dengan harga yang murah, itu lebih baik? Entah apa yang difikirkan oleh petani ini pada ketika itu.

PETANI BERBEZA DI TANJUNG KARANG

Beberapa hari lalu tersebar video dari pekebun dari Tanjung Karang yang tidak dapat memasarkan tanamannya. Lalu dia memanggil orang ramai untuk datang mengambilnya secara percuma. Ini disebabkan kos untuk mengupah pekerja pemetik dan harga jualan adalah tidak berbaloi, malah merugikannya. Bayangkan pihak pemborong hanya ingin membeli dengan harga 20 sen sekilo. Jadi beliau mengambil keputusan adalah lebih baik memberikannya secara percuma.

Hari ini beliau memaklumkan bahawa timun telah pun habis dipetik oleh orang ramai.

RUMUSAN

Saya amat memuji petani di Tanjung Karang kerana berbuat sesuatu yang agak berbeza dengan petani-petani lain. Kalau kita lihat petani di Cameron Highland juga melakukan perkara yang tidak sepatutnya iaitu membuang hasil tanaman kerana tidak dapat dipasarkan seperti biasa.

Sebenarnya banyak cara pemasaran produk timun. Seharusnya beliau, boleh membuat timun jeruk yang ianya lebih tahan lama. Dengan adanya pelbagai hasil ini, kerugian boleh dielakkan malah mungkin lebih menguntungkan kerana jeruk timun sangat sukai oleh mereka bercitarasa barat terutamanya dalam penyediaan burger.

Produk timun jeruk

Apa sebenarnya corak pemikiran mereka hingga sanggup berbuat perkara sedemikian? Apa-apa pun moga Allah memberi rahmat kepada kita semua dan mempermudahkan kita dalam semua urusan.