Pelaburan

MUSUH BARU TESLA MENGHASILKAN KERETA ELETRIK DI AMERIKA

Banyak kali dah terdengar berkenaan musuh TESLA. Kalau dulu Faraday dikatakan boleh bersaing dengan TESLA. Kini nama Faraday Future tidak lagi menjadi sebutan. TESLA tetap berdiri kukuh dengan harga sahamnya seunit berharga USD271.00. Sahamnya kini boleh dikatakan berada di puncak tertinggi harganya berbanding dengan tahun permulaannya.

Kini banyak nama pemain baru (syarikat sedia ada) mula beralih ke arah penghasilan kenderaan elektrik seperti:

  • BMW
  • Nissan
  • Toyota Motor
  • Honda
  • Audi
  • General Motor
  • dan lain-lain syarikat permotoran

Semua yang di atas merupakan pemain lama dalam permotoran, namun terdapat juga syarikat yang baru seperti

  • Uber
  • BYD
  • Chery
  • Xpeng
  • Nio
  • Geely Auto
  • dan banyak lagi

Cabaran alat pengecasan kenderaan

Mana-mana syarikat yang ingin berdaya saing perlu mempunyai jaringan pusat pengecasan yang besar di seluruh negara. Lihatlah kesan jika penjualan kereta tidak disekalikan dengan penyediaan pusat pengecasan bateri sebagaimana gambar di bawah.

Pemilik EV di Britain mengeluh terpaksa beratur berjam-jam untuk pengecasan kenderaan mereka


Saya sebagai pengguna kenderaan petrol, pun merungut jika orang parkir lama semasa mengisi minyak. Lima minit terasa lama, bahkan terasa ingin menyumpah. Inikan pula terpaksa menunggu lebih 30 minit semata-mata untuk menunggu giliran. Itu belum masuk masa yang diperlukan untuk mengecas.

Tesla sahaja mempunyai lebih daripada 45,000 stesen pengecasan di seluruh dunia. Bandingkan dengan jenama lain, adakah mereka mampun untuk bersaing mewujudkan stesen pengecasan yang banyak daripada TESLA? Atau mereka akan bekerjasama dengan TESLA bagi membolehkan kenderaan mereka berkongsi pengecasan?

Pandangan saya, siapa sahaja yang ingin mewujudkan syarikat kereta elektrik WAJIB melihat keupayaan diri mereka untuk mengadakan stesen pengecasan tersendiri. Jika di Malaysia antara pemain stesen pengecasan ialah TNB yang sememangnya bidang utama mereka adalah elektrik. Adakah mampu untuk bersaing dengan pemain-pemain lain?

Kesimpulan

Tesla telah lama bertapak dan dianggap sebagai pelopor dalam bidang kenderaan elektrik. Ramai yang bersaing tapi gagal mendahului Tesla. Dengan ramainya pengguna kenderaan elektrik, pemenang adalah mereka yang mampu membekalkan stesen pengecasan dengan jumlah yang banyak. Pastinya syarikat besar multinasional yang mampu melakukan. Kita yang poket sentiasa kempis ni, tidak mungkin mampu bersaing dengan gergasi.