Kemanusiaan, Pelaburan

LPPSA TOLAK GAJI KUNCI TAK DAPAT LAGI?

“Macamana ni bang, rumah belum siap, tapi gaji dah banyak bulan ditolak”

“Saya nak makan apa bang, rumah sewa lagi, rumah ni lagi”

Persoalan kena gaji korang ditolak walaupun tak dapat kunci lagi? Adakah LPPSA melindungi pemaju?

LPPSA zalim atau ejen kurang ilmu?

Bila kita beli rumah, pastilah kita teruja dengan rekabentuk, lokasi dan paling penting penerangan yang diberikan oleh ejen jualan. Pernah sekali saya datang sekali dengan abang ipar nak tgk rumah di satu projek di Kajang. Saya berdiri agak jauh dari ejen jualan, sebab tak nak mengganggu. Tapi bila mendengar penerangan yang diberikan, saya yang tiada niat nak beli ni pun rasa tertarik nak beli. Macam-macam kebaikan projek diceritakan oleh ejen tersebut.

Kalau korang macamana? Korang tertarik dari sudut apa? Harga, bentuk rumah? lokasi? atau apa?

Ejen jualan ni bila tahu kita kerja kerajaan, memang dia sangat suka. Nyiru kami tadahkan. haha.

Korang kena tahu yang jualbeli rumah ni ada banyak proses. SEBELUM, SEMASA, SELEPAS. Ramai yang hanya ambil tahu perkara sebelum je.

Sebelum semasa dan selepas

Setelah loan dah lulus korang akan diminta untuk pergi ke pejabat peguam untuk tandatangan Surat Perjanjian Jual Beli. Korang juga akan sain Perjanjian Pembiayaan Bank selepas tu.

Tahu-tahu sedar tak sedar, gaji tiba-tiba jadi sikit, rupa-rupanya bayaran loan dah ditolak dalam slip gaji. Korang rasa tak puas hati sebab tak tahu pasal benda ni. Ejen tak cerita pun kat korang.

Sebab tu korang kena cari ejen yang particular, cerita detail semua proses yang akan berlaku. Ada juga ejen tu, dia asal jual, je. Lepas tu tak terangkan apa yang akan berlaku. So kalau korang dapat ejen jenis ni, hidup korang jadi tak tenang walaupun korang beli rumah idaman korang.

Kenapa boleh ditolak walau kunci belum dapat?

Korang kena tahu bahawa bila korang beli rumah daripada pemaju. Rumah akan siap dalam tempoh antara 24 bulan bagi rumah teres manakala rumah bertingkat pula 36 bulan.

Dalam tempoh tu, LPPSA akan membayar kepada pemaju secara berperingkat sehingga mencukupi harga rumah. Setelah itu barulah gaji korang akan mula ditolak.

Kalau korang buat loan bank, bank tak tunggu lama untuk minta korang bayar ansuran. Lepas 2@3 bulan dari sain SNP korang dah mula bayar bank. Tapi jumlahnya hanya minima jelah. Bukan jumlah penuh.

Tapi LPPSA pula, selagi masih dalam peringkat bayaran, korang boleh la enjoy dulu duit tu. Yeay!!!. Kadangkala lebih dari 20 bulan hingga 30 bulan baru korang kena mula membayar.

IAITU biasanya lebih kurang 4-6 bulan sebelum penyerahan kunci yang biasanya dipanggil VACANT POSESSION.

Korang kena tahu walaupun korang dah mula bayar, rumah masih belum atas nama korang. Proses tukar nama masih berlangsung.

Amacam? Dah tahu kenapa duit gaji dipotong LPPSA?

Dalam hantaran akan datang saya akan ceritakan berkenaan kos-kos tersembunyi dalam pembelian rumah.

Terima kasih semua atas sokongan anda.