Pelaburan

Abang Kimia jadi gila disebabkan rumah kena lelong?

Korang pasti tengok video yang pernah viral mengenai seorang pekerja BHP yang bernama Baha, yang memberi komen berkenaan isu-isu semasa. Walaupun jawapan yang diberikannya agak off topic. Saya sebenarnya terhibur sebenarnya bila mendengar jawapan yang bersahaja oleh beliau. Malah meyakinkan pula.

Kenapa dia jadi macam tu?

Tapi korang tahu ke, kenapa dia jadi macam tu? Adakah sejak lahir jadi macam tu, atau berlaku apa-apa insiden yang berlaku kepadanya?

Lama sebenarnya saya tertanya-tanya. Baru-baru ni saya dah mendapat jawapannya.

Saya sebenarnya jarang tengok youtube berbahasa melayu. Kalau video, biasa dalam bahasa inggeris je, ada juga dalam bahasa arab tapi tak banyak lah. Tapi entah macamana saya terlihat THUMBNAIL yang tertulis abang kimia dan wajah Baha terpapar di situ. Ye lah kan dia pernah viral sebelum ni. Jadi, saya terus tekan.

Video pertama, saya tengok dia mengulas berkenaan banjir dan jalan pergi shopping. Video kedua pula hanya video adik perempuannya yang bertajuk “bagaimana baha jadi macam tu?” Saya tengok sampai habis, sedih jalan cerita dia.


Panjang penjelasan oleh adiknya berkenaan bagaimana abangnya yang menjadi ‘tidak betul’. Dipendekkan cerita, bermula dari rumah yang diduduki bersama keluarga telah dilelong pada tahun 2005. Mereka orang susah setelah itu beberapa kali telah dihalau oleh tuan rumah.

Perkara yang dilalui ni menyebabkan Baha semakin tertekan dan akhirnya semakin menjadi tidak waras sehingga hari ini. Kalau korang nak tahu lebih terperinci, korang boleh tgk video ABANG KIMIA yang saya sertakan di ruangan di bawah.

Bila rumah dilelong, kita tahu bukan sengaja dia tak bayar, tapi disebabkan benar-benar tidak mampu. Biasanya orang yang rumahnya kena lelong ni akan berpindah balik ke kampung halaman. Itu pun kalau ada tanah pusaka.

Tapi tak semua mak ayahnya ada tanah yang banyak. Saya pun takde kelebihan yg macam tu. Family pun bukan berada.

Macam Baha dia terpaksa berpindah ke rumah sewa kemudian kena halau, pastinya tekanan semakin bertambah.

Salahkah bank bila rumah dilelong?

Bukan begitu……bank hanya nak dapatkan semula duit yang gagal dibayar oleh pembeli sebagaimana perjanjian. Memang tugas bank pun.

Bila berlaku kemiskinan sebegini, ia menjadi tugasan pihak lain pula. Mungkin lembaga zakat atau pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang banyak membantu. Kalau dalam kes Baha ni, pada tahun tersebut, kisah-kisah sebegini tidak mendapat liputan. Penggunaan teknologi pula masih terhad, tidak seperti kini.

Dalam video kedua yang saya tengok tu, adik perempuan Baha berasa sedih sebab dia telah dituduh ambil kesempatan dari abangnya. Kecaman demi kecaman diterima. Tapi dia dah jelaskan bahawa, channel youtube yang dibuat adalah untuk kesenangan abangnya. Duit yang terhasil dari video tu akan diberikan kepada abangnya. Hey korang, hey netizen, udah-udah lah menghukum orang.

Jom bantu Baha untuk dapat sara hidup keluarganya dengan pendapatan dari Youtube. Apa lagi, klik pautan di bawah.

Kisah ini hanya satu kisah terpencil dalam masyarakat kita. Masih ramai lagi mereka yang dalam kesusahan mencari mata pencarian untuk menampun kehidupan. Baha lebih tabah daripada mereka yang membunuh diri disebabkan cobaan dunia yang menyentap perasaan. Saya kongsikan di sini agar kita semua mengambil iktibar dan terus membantu mereka yang berada dalam kesusahan.