FILEM HOLLYWOOD SEMAKIN TIDAK LAKU?
Apa yang berlaku kepada Hollywood? Untuk sesebuah filem dianggap berjaya, ia perlu mengutip sebanyak 3 kali ganda kos penghasilannya atau lebih.
Lihatlah kutipan Indiana Jones dengan bajet USD300 juta tidak termasuk kos pengiklanan. Mereka mensasarkan kutipan sebanyak USD800-900 juta, tetapi dalam 5 hari pertama kutipan hanya USD82 juta. Jumlah ini sangat kecil.
The Flash pun rugi!!!
Flop?
Kemudian filem The Flash dihasilkan dengan kos USD200 juta dengan sasaran USD600 juta tetapi setelah sebulan hanya USD250 juta dapat dikumpulkan.
Banyak lagi filem lain yang “gagal” untuk menyerlah seperti Teenage Kraken dan Tranformes: Rise of the Beast. Tetapi filem yang bukan penghasilan Hollywood kelihatan lebih berjaya. Filem Sound of Freedom yang dihasilkan dengan kos USD14.5 juta kemudian mengutip USD14 juta, menjadi satu daripada filem pecah panggung berbanding dengan Indiana Jones yang hanya mengutip USD 11 juta dalam tempoh yang sama.
Penyebabnya adalah:
Minat telah semakin kurang
Ada juga yang berjaya!
Tetapi tidak semua filem gagal menyerlah, lihatlah Spiderman: Across the Spider Verse yang dihasilkan dengan kos USD100 juta sedang mengutip USD642 juta sehingga kini. Hollywood perlu memahami bahawa orang ramai pada ketika ini telah mempunyai banyak pilihan dan tidak kurang juga lebih berkuasa untuk mengelak dari menonton filem pecah panggung berbanding sebelum-sebelum ini.
Jadi jika sesuatu filem tidak cukup menarik, tidak kira berapa kos penghasilannya, ia tidak tidak mungkin menjadi pilihan untuk ditonton. Terutamanya apabila terlalu banyak review oleh youtuber dan Tiktoker yang menjurus kepada kurangnya minat untuk menonton. Walaupun sebenarnya review yang dibuat itu bukanlah bebas tetapi terikat kepada ‘bias’ oleh sesetengah pengulas tersebut.
Bukan itu sahaja, filem yang masih ditayangkan di pawagam telah dijangka akan disiarkan dalam platform berbayar tidak sampai beberapan bulan setelah tayangan. Ini menyebabkan perasaan teruja untuk menonton teralih kepada medium-medium ini.
Kita tunggulah filem mana pula tumpas pada masa akan datang…