Kemanusiaan, Pelaburan

BEZA TASKA DAN TADIKA

TASKA adalah ringkasan daripada Taman Asuhan Kanak-kanak yang lebih memfokuskan kanak-kanak berumur daripada 6 bulan hingga 4 tahun.

TADIKA pula adalah ringkasan daripada Taman Didikan Kanak-kanak sebagai persediaan untuk memasuk sekolah rendah.

Berikut adalah perbezaan antara kedua-duanya:

TASKA

  • Berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • 3.5 meter persegi bagi satu-satu pelajar
  • Penetapan seorang guru bagi 5 orang pelajar di bawah 3 tahun dan 10 orang pelajar berumur 3 hingga 4 tahun.
  • Tiada pemisahan oleh dinding
  • Penyediaan ruang permainan
  • Ruang kuarantin
  • Ruang mandi dan persiapan
  • Ruang tidur dan kelengkapan
  • Sukatan pelajaran lebih kepada belajar sambil bermain
  • Yuran lebih mahal kerana bilangan pelajar yang boleh diambil adalah terhad. Perhatian diberikan lebih khusus kepada setiap pelajar
  • Pengoperasian lebih sukar kerana terikat dengan pelbagai undang-undang dan peraturan

TADIKA

  • Berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri
  • nisbah guru: murid bersamaan 1:25
  • Pemisahan kawasan bagi kelas pelajar
  • Ada sukatan khas yang perlu diikuti
  • Yuran lebih murah kerana bilangan pelajar sekelas adalah lebih ramai

Yummi, sedapnya

Sebab TADIKA lebih banyak daripada TASKA

Jika anda dapat membezakan kedua-duanya, pastinya anda tahu bahawa untuk sesebuah TASKA dibuka, kos operasi harian dan bulanan adalah lebih tinggi berbanding kutipan yuran bulanan yang dikenakan. Kadang-kala TASKA ini lebih kepada memberi khidmat kebajikan kepada para ibubapa yang ingin anak kecil mereka mendapat pendidikan awal. Keuntungan yang dijana oleh mereka adalah sangat minima bahkan ada yang terpaksa mengurangkan gaji diri sendiri untuk memastikan semua kebajikan kanak-kanak dan ibubapa terjaga.