Jual beli, Kemanusiaan, Pelaburan

Emas vs Hartanah: Mana lebih untung?

Harga emas boleh dipantau dengan mudah. Lihat sahaja carta, kita boleh menjangkakan emas akan naik atau turun. Bagi yang ingin membeli emas pada masa ini, elok berhati-hati sebab graf sedang menurun. Mungkin ada baiknya sabar beberapa ketika sebelum membelinya.

Tetapi hartanah, bagaimana pula ingin melihat trend kenaikan atau penurunan. Tiada indikator yang jelas seperti dalam bursa untuk membantu kita membuat penilaian sama ada harga hartanah akan naik atau turun.

Walaupun ada ura-ura harga rumah akan turun ketika pandemik, tiada sebarang penghalang untuk pencari rumah idaman daripada terus membeli rumah. Mereka tidak menunggu untuk harga turun dahulu, baru mula membeli. Mereka melihat indikator lain.

Walaupun ramai yang terkesan dengan pandemik, masih ramai lagi yang hidupnya seperti biasa. Gaji masih ada setiap bulan, elaun tidak dipotong, malah bekerja hanya dari rumah. Tidak perlu keluar melainkan jika perlu.

Golongan seperti ini, nafsu dan kemahuan untuk mencari rumah tempat tinggal, tidak akan mudah surut dari dalam jiwa mereka. Lihatlah berapa ramai ejen hartanah yang berjaya menjual rumah tanpa membawa prospek melihat rumah, sedangkan melihat rumah merupakan perkara wajib, disebabkan pelaburan dan wang ringgit yang dikeluarkan diikat selama tempoh yang panjang, melebihi separuh dari usia kehidupan. Ia jarang berlaku sebelum ini, kemudian pada ketika ini ia menjadi suatu norma baru.

Bukan ini sahaja, ramai lagi rakan-rakan ejen yang berjaya menjual rumah pada ketika ini.

Persoalan, adakah para pembeli terdesak untuk membeli atau bagaimana? Anda ada pandangan?