DURIAN AUSTRALIA: ALTERNATIF PELABURAN HARTANAH
Kini durian bukan sahaja di Asia Tenggara sahaja, ia sudah pun boleh dibiakkan secara komersial di Australia.
Tahun ini ladang milik Han Shiong Siah telah mula sibuk mengutip hasilnya. Bukan itu sahaja, baunya semerbak hingga ke pintu masuk ladangnya.
Fakta Penting:
- Ladang ni Australia ini dijangka mengeluarkan hasil sebanyak 20 tan pada musim kali ini, berbanding 5 tan pada musim lalu.
- Durian digelar sebagai Raja Buah, tapi ramai orang putih tidak menyukai baunya.
- Pasar Canning Vale telah memasarkan sebanyak 800 kg durian bulan ini sahaja. is month, a record for WA
Durian terawal telah dihantar ke Sydney dan Melbourne. Pada kali ini ia akan dihantar ke Perth buat kali pertama.
Durian di Barat Australia
Syarikat pemborong Mercer Mooney di Perth menyatakan kedatangan durian ke kawasan mereka merupakan satu masa yang ditunggu-tunggu. Mereka juga tertanya-tanya mampukah durian sebanyak 800 kg dihabiskan?
Ramai di sini mengenali baunya, malah mereka datang dekat apabila mencium baunya.
SEJARAH DURIAN DI AUSTRALIA
Durian telah ditanam oleh Keluarga Siah sejak 30 tahun yang lalu. Baru-baru ini pokok-pokok telah menjadi semakin matang, lalu mengeluarkan buah yang banyak. Penanaman ini telah menarik perhatian peminat-peminat durian serata tempat dan seluruh dunia.
Buat masa ini, kebanyakan pembeli adalah mereka yang berketuruan Asia Tenggara, tetapi beliau harapkan semua orang Australian akan mencuba rasa unik raja buah ini.
Menurutnya terdapat satu palet durian yang telah pun ditempah awal. Terdapat juga buah-buahan lain yang menjadi minat ramai. Nasib baik kerana semuanya berbuah pada musim yang berbeza. Ini menyebabkannya lebih senang dijual.