Pelaburan

Cabaran pinjaman perumahan pada tahun 2022

Rumah kena banjir tahun lepas? Kalau kena, ada beberapa perkara yang korang wajib tahu. Nak tahu? Jom.

1. Kawasan banjir.

Kalau rumah dah selalu kena banjir, komfomla bank susah nak bagi loan. Kalau kawasan korang tu pertama kali terkena banjir pada kali ini atau berpotensi terkena banjir, tapisan permohonan korang akan diperketatkan.

Banjir


Walaupun bank masih belum diberi kata putus tetapi klausa untuk tidak memberikan pinjaman kepada rumah yang berisiko memang wujud. Jadi, macam biasa, bank akan fikir bagaimana nak memaksimakan keuntungan dan meminimakan kerugian. Korang yang dah beli rumah di situ, akan terkesan dengan polisi terbaru bank yang biasanya tidak menyebelahi pelanggan.

2. Moratorium

Korang ada ambil moratorium? Kalau ada, korang akan dianggap sebagai golongan yang tidak mampu. Mana-mana bank yang dapat kesan korang ambil mora ni, permohonan baru korang akan ditolak

Ambil mora jika perlu


Tapi kalau officer bank tu tak cakna, mungkin permohonan korang tu boleh lulus. Jadinya cadangan saya kalau rumah pertama guna Maybank, korang gunakan pula CIMB untuk rumah kedua. Untung-untung boleh lepas.

3. Nilai rumah

Pasti menurun

Value rumah dijangka akan turun bagi kawasan yang terlibat dengan banjir. Kebanyakkan projek yang baru siap dibina juga akan mempunyai masalah mendapatkan market value yang diingini oleh owner. Ini kerana terdapat lambakan unit yang masih belum dijual oleh pemaju. Selain itu, rebate yang terlalu banyak juga merupakan faktor market value tidak dapat dicapai.

4. Saving

Bank akan meletakkan syarat supaya peminjam mempunyai simpanan 10% daripada harga rumah yang dibeli. Ini bagi mengelakkan pembeli rumah untuk Mark Up loan. Simpanan ini perlu dibuktikan melalui saving account, epf acc 2, asb, unit trust, share. Polisi ini hanya melibatkan beberapa bank sahaja. Masih ada bank yang tidak mengambil kira simpanan peminjam.

5. Pekerjaan

Bidang perhotelan

Sektor perhotelan, penerbangan masih dikategorikan sebagai pekerjaan yang berisiko. Ini akan menyebabkan pinjaman sukar untuk diluluskan. Setakat ini hanya 1 bank yang boleh meluluskan pinjaman kepada peminjam yang bekerja di sektor perhotelan dan penerbangan.

6. Scoring

Scoring Bank bagi peminjam yang mempunyai gaji bawah RM2000 ataupun clean CCRIS akan jatuh. Ini akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan pinjaman. Syarat ini dapat dikecualikan jika peminjam bekerja di sektor kerajaan mahupun MNC.

Korang macamana? Ada nak beli rumah ke? harap penerangan ini akan memudahkan urusan pembiayaan korang kelak.

Ok jumpa lagi.

Artikel ini disediakan oleh