Pelaburan

REFINANCE RUMAH UNTUK MELABUR ASB?

Ada yang bertanya saya berkenaan perkara ni. katanya dia ada rumah, dan dah nak habis bayar. Mungkin tinggal 5 tahun lagi. Korang bayangkanlah umurnya berapa. Biasanya kalau nak habis bayar dah ni, orangnya pasti kaya giler, boleh setel hutang awal dari jadual asal, dan pastinya berumur muda 40 an mungkin.

Satu lagi kemungkinan, ialah umurnya hampir pencen, ya lah kan buat loan 30 tahun, kalau 5 tahun lagi habis bayar umurnya pun mencecah 60 an.

Cadangan yang diberikan olehnya ialah dia nak buat personal loan dalam 10 tahun sebanyak RM200k. Bulanan sebanyak RM2,112. Dia tanya saya ok ke kalau dia buat macam tu?
Tapi saya tak boleh terus bagi jawapan, sebab saya perlu buat pengiraan yang tepat sebelum beri sebarang pandangan.

Ok kalau dia buat refinancing rumah dengan home financing selama 10 tahun juga, bulanan yang perlu dibayar ialah RM2,185.

Beza antara dua loan ini ialah, satu tidak mengikat rumahnya sebagai gadaian, dan satu lagi digadaikan kepada bank sebagai pemegang gadaian setelah bank berikan financing kepadanya.

Kemudian jika dia memasukkan wangnya ke dalam ASB, katakanlah dividen sebanyak 5 peratus dan bonus sebanyak 1 peratus, jumlahnya ialah 9,166.67 dan 1,833.33 iaitu RM11,000.00. so korang rasa, dia untung atau rugi dengan pelaburannya ini.

Jom kira berapa komitmentnya setelah buat loan dengan bank selama setahun. Sebulan 2,112 kalau setahun, jumlahnya ialah RM25,344.00. sebanyak itu duit yang perlu dikeluarkan dari koceknya setiap tahun. Kadar dividen pula sebanyak Rm11,000. Jadi duit yang perlu dikeluarkan ialah 14,344 pada tahun tersebut. Itu kalau dividen + bonus = 6 peratus. Kalau kurang daripada itu, lebih banyak la duit kena dikeluarkan dari poketnya.

Ini kalau rumah ini diduduki sendiri. Tapi kalau disewakan, bergantung kepada nilai sewaan bulanan, barulah boleh dikira untung dan rugi. Katakanlah ia disewakan sebanyak Rm1200 sebulan. Kalau setahun RM14,400.

Duit bayar bank 25,344. 14,400 dan 11,000 duit masuk berjumlah 25,400. Jadi kalau ditolakkan maka berbaki sebanyak RM56.00 sahaja. Ini belum ditolak kos-kos lain lagi jika ada. 56 untung setahun, sebenarnya tidak untung.

Jadi macamana? Nak teruskan melabur dalam ASB? Saya serahkan kepada kebijaksanaan anda. Ok bai….