Kewangan, Pelaburan

PEMBAHAGIAN KOMISEN DENGAN BROKER HARAM

Pertama sekali maafkan saya sebab guna perkataan HARAM sebagai tajuk artikel ni. Bukanlah bermaksud urusan jual beli yang dilakukan oleh broker tidak berdaftar ini tidak sah, tetapi haram disebabkan beroperasi tanpa lesen yang dikeluarkan pihak kerajaan. Ala, macam makcik yang jual pisang goreng tepi jalan. Kalau ikut undang-undang PBT sebarang perniagaan perlu mendapatkan lesen yang sah. Pisang tu halal, duit yang didapati dari jualan tu pun halal. Yang haramnya ialah keberadaannya untuk berniaga tanpa lesen, tu je yang haram.

Ok apa pun kita kembali kepada tajuk kita.

Saya ada beberapa kali berurusan dengan broker. Macam saya sebut, kebanyakan takde lesen. Urusan melibatkan tanah di sekitar Sepang tidak jauh dari KLIA. Keluasan tanah tersebut dalam 700 ekar. Telah dibahagikan kepada lot-lot kecil, paling kecil 3 ekar 1 lot. Rizab jalan juga telah tersedia dalam pelan tanah.

Semua maklumat tanah telah pun saya dapat daripada seorang broker yang saya berurusan ni. Saya pula ada prospek dan prospek berminat untuk melihat tanah tersebut. Setelah viewing, prospek semacam berminat dengan tanah tersebut. Dia bercadang nak membeli lebih kurang 100 ekar.

Komisen RM8.7 juta

Bayangkan berapa besarnya komisen kalau dia berminat? Dengan harga satu kaki persegi RM18 harga jualan menjangkau RM78 juta. Tetapi jika kami menjual dengan harga RM20 sekaki persegi komisen yang bakal diterima ialah RM8.7 juta. Ini boleh tidur sambil tersenyum woo. Tidur dalam iman.

Kebiasaannya harga akhir jualbeli ni ada kemungkinan pemilik diberi tahu, kadang dalam kes-kes tertentu pemilik tidak tahu menahu berkenaan harga jual ini melainkan semasa menandatangi perjanjian jual beli. Semasa kami menguruskan penjualan ni, pemilik telah sedia maklum.

Apa yang saya tidak maklum ialah cara-cara pembahagian komisen di kalangan broker. Kalau ejen hartanah yang menjual rumah, komisen akan dibahagikan kepada ejen pemilik dan ejen pembeli. 50-50. Senang, mudah dan ringkas. Tetapi apabila berhadapan dengan broker, sistem mereka sangat berbeza, pembahagian melibat beberapa pihak yang dikategorikan A, B dan C. Malah ada sesetengah broker mensyaratkan dibahagikan A, B, C dan D.

Apa maksud A, B, C dan D ni?

ABC
Broker wakil pemilikSaya sebagai ejen yang membawa wakil pembeliwakil pembeli
Ada 5 rakan kongsiSaya seorang sahajaada 3 orang rakan kongsi

Si A ingin ia dibahagikan kepada A dan B sahaja. Bermaksud wakil pembeli dan saya diletakkan dalam satu kumpulan. Ini bermakna 50% akan dikongsi oleh saya dengan wakil pembeli. A pula akan berkongsi dengan 5 rakan kongsinya.

Kedudukan saya di sini lebih kepada orang tengah kepada orang tengah. Jadi saya ni di tengah lagi ke? Pada ketika ini saya agak kepeningan sebab pertama kali berurusan dengan ramai orang pada satu-satu masa.

Dalam kes di atas, hanya 3 pihak. Ada satu kes lain pembahagian kepada 4 bahagian kepada seramai 30 orang. Semua lapisan orang yang sanak-saudara, orang yang entah siapa-siapa nak bahagian masing-masing.

Perbincangan berkenaan komisen ni berlangsung agak lama untuk memuaskan hati semua pihak. Perkara yang sepatutnya tiada pertikaian jika semua mengikuti buku peraturan oleh LPPEH, tapi itulah. Kehidupan tak semuanya ikut apa yang kita mahukan.

Daripada apa yang saya perhatikan, kebanyakan tatacara urusan yang dilakukan adalah tidak profesional dan lebih kepada cara kekampungan.

Pihak pembeli sebenarnya dah berminat untuk membeli dan bertanya kepada saya nak alamatkan kepada siapa Letter of Intent. Saya sebagai orang tengah telah membekalkan segala maklumat kepada bakal pembeli. Tetapi disebabkan satu perkara – yang saya pun dah tak ingat- dia menganggap saya sebagai tidak serius dan menipunya. Isu yang saya lihat ialah ketidak profesionalan dalam pengurusan jual beli.

Kini semua itu menjadi kenangan, dan kalau ada yang nak membeli tanah tersebut boleh hubungi saya. Masih ada ratusan ekar berdekatan KLIA.