MITOS RUMAH TANPA MODAL
Bestnya kalau boleh beli tanpa modal. Ya lahkan, tak perlu keluarkan walau 1 sen pun nak miliki rumah berharga ratusan ribu ringgit. Tapi boleh ke macam tu?
Sebenarnya ketika anda beli rumah baru daripada pemaju, mereka sebenarnya dilarang untuk mengutip sebarang duit daripada anda. Perkara ini bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah pun tercatat dalam peraturan oleh Akta Pemajuan Perumahan. Jadi, ya betul anda tidak perlu membayar sebarang deposit kepada pemaju.
Yuran peguam pula bagaimana? Tidak perlu bayar juga? Atau bagaimana?
Yuran peguam kebiasaannya 1% daripada harga rumah yang anda beli. Jika anda beli rumah berharga RM300k, yuran ini berjumlah RM3,000. Pada kebiasaannya pemaju mampu untuk menyerap yuran rumah ini sebab telah ada perbincangan awal di antara kedua-dua belah pihak. Jadi, ya yuran ini boleh diserap daripada harga rumah. Anda tidak perlu membayar apa-apa yuran guaman.
Yuran bank, siapa yang bayar?
Apabila anda membeli rumah melibatkan pihak bank, pastinya ada sedikit yuran yang dikenakan oleh pihak bank kepada anda. Antara produk yang ditawarkan oleh bank ialah Zero Moving Cost kepada mereka yang berkelayakan. Maksudnya sebagai pembeli, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk pembelian rumah. Walaupun begitu ia bukanlah zero seperti yang tertera. Sebenarnya kos ini telah pun dimasukkan sekali dalam loan anda agar anda tidak perlu mengeluarkan sebarang wang tunai dari kocek anda sendiri.
RUMUSAN
Setelah melihat dari pelbagai aspek, saya dapati ia bukanlah satu MITOS tetapi suatu yang plausable mengambilkira bahawa anda sebagai pembeli tidak perlu mengeluarkan sebaran sen pun semasa awal proses. Namun jangan lupa anda perlu mula membayar ansuran bulanan setelah bank mula menyalurkan wang bayaran kepada pemaju.
Bagi yang menggunakan pembiayaan LPPSA, setelah 24 bulan atau 36 bulan barulah anda akan mula membayar. Bagi yang menggunakan pembiayaan bank pula, sejurus setelah bank menyalurkan wangnya ke pemaju, anda perlu terus memulakan bayaran bulanan.
Namun jika pemaju telah mengadakan dengan semua pihak agar pembayaran hanya setelah penyerahan kunci atau vacant possession maka anda tidak perlu bersusah payah untuk membayar ansuran sebelum anda mendapat kunci rumah.