Kemanusiaan, Pelaburan

KORANG TIDAK LAYAK KERJA SENDIRI JIKA…

Sebelum korang berhenti kerja makan gaji, ada baiknya korang nilai beberapa perkara terlebih dahulu:
.

  1. Simpanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan. Bukan apa, sementara korang nak berlari, korang kena bertapak, kalau tapak tak kukuh takut goyah. Pastu jadi pengemis tepi jalan dan asnaf PPZ pulak.
    .
  2. Nilaikan berapa komitmen bulanan dan kos menyara keluarga. Kalau income yang korang jangka dari kerja sendiri tu tak cukup nak buat makan minum, macamana nak teruskan kehidupan nanti?
    .
  3. Pastikan income kerja sendiri dua atau tiga kali ganda dari gaji sekarang. Kalau sama je, baik tak payah. Tak yah la disebabkan korang impikan kerja yang fleksible, tiba-tiba korang kena lebih masa, tapi gaji yang sama dengan makan gaji.
    .
  4. Tawakkal korang belum cukup tinggi untuk menghadapi suasana kerja yang lebih mencabar. Kerja sendiri ni ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau hidup sentiasa mengharap orang lain duduk push kau hari-hari, tak perlu la mimpi nak kerja sendiri. Baik ada majikan, dia akan push kau buat kerja hari-hari.
    .
  5. Pergi ofis tapi mengadu takde kerja. Orang jenis ni, memang tak layak kerja sendiri. Mengharap disuap setiap hari. Dah nama kau pergi kerja, carilah apa-apa inovasi untuk digunapakai di tempat kerja agar dapat memperbaiki sistem tempat kerja. Kerja ada je, kau je buat-buat tak nampak.
    .
  6. Selalu kutuk bos kat belakang. Orang macam ni lagi la tak layak kerja sendiri. Ko ingat bila ko dah ada syarikat sendiri, kau takkan ada pekerja? Ada bukan? Biasanya bos terbuka dengan sebarang cadangan penambahbaikan. Tapi kena la ada hujjah untuk pertahan hujjah ko. Yang paling penting sampaikan dengan berhemah. Bukan dengan cara tunjuk pandai.
    .
  7. Hari-hari canang nak berhenti kerja. Tapi dah 10 tahun, masih kat situ. Kalau ko nampak orang yang macam ni kat ofis, sila jauhi dari orang tu. Orang ni bawak aura negatif di tempat kerja. Orang yang ada perancangan, bila capai target dia akan buat keputusan. Dan keputusannya muktamad.
    .
    Cukuplah setakat tu, kalau ada lagi yang korang rasa bermanfaat, bolehlah korang tambah.