Jual beli, Pelaburan

KHAS PENJAWAT AWAM: BANGLO RM316K LEMBAH KLANG

Ramai yang mencari rumah landed tapi susah nak dapat yang dekat-dekat. Ada saya pernah terlihat iklan rumah baru, tetapi apabila ditanya rupa-rupanya rumah tersebut terletak di Sendayan.

Ramai pembeli di Sendayan tersebut mengeluh kerana menyesal terbeli rumah yang sangat-sangat jauh dari tempat kerja. Penyesalan demi penyesalan telah diluahkan oleh para pembeli.

Dalam entry kali ini saya ini menawarkan kepada para pembaca projek baru bagi mereka yang kerja di kawasan Putrajaya, Kajang, Nilai, Seremban, Semenyih dan kawasan sekitarnya. Jaraknya dari kawasan yang saya sebutkan di atas tidak jauh dari 30 km. Suatu jarak yang boleh dianggap dekat pada masa kini.

Pernah dengar Mahkota Hills? Kawasan ini semakin membangun dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemaju. Dah semakin matang.

Terdapat beberapa jenis rumah banglo dengan KELUASAN TANAH 4000 kaki persegi disediakan untuk anda.

  1. Jenis A : 3 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 1014 kaki persegi. Harga bermula RM316k.
  2. Jenis B : 4 bilik dan 2 bilik air dengan keluasan 1244 kaki persegi. Harga bermula RM363k.
  3. Jensi C : 4 bilik dan 2 bilik air beserta LOTENG dengan keluasan 1527 kaki persegi. Harga bermula RM411k.
  4. Jenis E : 4 bilik dan 2 bilik air beserta LOTENG dengan keluasan 1783 kaki persegi. Harga bermula RM465k.

Namun tawaran ini hanya terbuka bagi kepada penjawat awam. Pembiayaan pilihan yang disediakan pemaju hanya melalui LPPSA sahaja.

Maaf ya bagi mereka yang bekerja swasta atau makan gaji. Kalau anda berminat untuk memiliki banglo di sini, anda masih berpeluang untuk memilikinya, dengan pembayaran secara tunai. Ya tunai.

Hubungi saya di talian wasap.my/60176650814/mahkotahillsbanglo atau boleh klik butang HUBUNGI SAYA seperti di atas.