Pelaburan

KES YANG BOLEH ANDA JADI JUTAWAN MUDAH. NAK TAHU?

Dalam bidang hartanah ni kalau anda konsisten menjual rumah berharga RM1 juta setiap bulan. Anda ada komisen sebanyak RM30k. Untuk jadi jutawan anda perlu lebih kurang 30 buah rumah.

Kalau sebulan satu, setelah 30 bulan anda boleh jadi jutawan. Tapi realitinya pendapatan bulanan adalah tidak tetap dan tidak seindah impian. Statistik rumah yang paling banyak terjual setiap tahun adalah dalam lingkungan RM200k hingga RM500k.

Jadi untuk dapat duit komisen sedebuk RM1,000,000 anda perlu masuk dunia tanah ekar yang biasanya melibatkan syarikat-syarikat besar yang melabur untuk projek perumahan dan sebagainya.

Setakat ni saya belum berjaya menjual tanah berekar-ekar ni. Ada satu pernah deal tengok tanah di Sepang. Tapi tak kesampaian. Tiada respon dari syarikat setelah bawak tengok tanah..Satu lagi deal patutnya pada awal Jun 2021, tapi disebabkan PKP ia ditangguhkan. Tapi tak tau la jadi ke tidak.

Kes penjualan tanah ekar ni hanyalah sebagai bonus. Ia bukan sebagai pendapatan bulanan. Pendapatan bulanan adalah melalui penjualan rumah seken/subsale kerana ia lebih mudah dijual. Orang rakyat marhaen lebih berkemampuan untuk memilikinya.

Jadi sebab tu mereka yang hanya memfokuskan penjualan tanah sahaja, tidak akan dapat hidup lama dalam bidang hartanah. Kadang-kala mungkin sepanjang hidupnya tidak menjual apa-apa pun tanah ekar ni.

Ada pandangan yang berbeza? Silakan nyatakannya