Jual beli

KENAPA BAYAR BOOKING PADA EJEN?

Habis tu nak bayar pada siapa?

Pembeli biasanya akan tertanya-tanya nak bayar booking ni pada siapa..Ye lah kan takut kena tipu. Memang banyak kes yang berlaku. Jadi wajarlah kepada pembeli untuk lebih berhati-hati..Jadi persoalan di sini, kenapa perlu bayar RM1,000 kepada ejen?..PERTAMA: Ejen akan minta memasukkan booking fee ke dalam akaun agensi. Tiada risiko ejen lari atau menghilangkan diri.

Sebab tu sebelum nak bayar booking kena lah pastikan kesahihan ejen tersebut. .Rujuklah laman web LPPEH sebuah agensi kerajaan yang memantau semua ejen hartanah.

KEDUA: Kalau bayar kepada owner, boleh sahaja. Cuma kena pastikan apakah jaminan owner kalau loan tak lepas, adakah wang booking tadi akan dipulangkan semula. Jika ada jaminan, maka tiada masalah untuk teruskan booking kepada owner.

KETIGA: Kalau ejen minta memasukkan ke dalam akaun peribadinya, anda perlu jauhkan diri dari ejen tersebut dan laporkan sahaja ke balai polis kerana ejen tersebut mengambil deposit secara salah. Apa yang biasa berlaku ialah ejen akan melarikan diri apabila duit telah masuk ke dalam akaunnya.

Kalau saya, setelah memeriksa kesahihan identiti ejen, saya akan tanpa ragu, memasukkan ke dalam agensinya.

Ada yang masih sangsi dengan ejen hartanah?