Lelong

KALAH BIDAAN. LEBUR HARAPAN 100K UNTUNG

Ingat tak dalam hantaran semalam saya sebutkan cara nak dapatkan RM100k secara mudah. Rupanya hajat tak kesampaian kerana bajet hanya sekitar RM110k.

Tetapi ada pembida lain yang bajet mereka lebih besar telah membida dengan harga melebihi bajet saya. Jadi bila dah melebihi bajet, kita kena kawal perasaan.

Tak elok jika kita masuk bidaan tanpa menetapkan had maksima kita. Dan yang paling penting, kita kena tahu harga pasaran berapa dan berapa target nak untung. Dari situ barulah kita dapat membida dengan tenang. .Setelah semakan, pada lelongan keempat, harga yang ditawarkan hanyalah RM102k.

Jadi kalau seseorang itu boleh membaca masa depan, pastinya dia akan bida pada bulan April yang lalu. Lebih murah daripada kali ini..Walaupun kalah bukan bermakna masa depan kita gelap dan kelam. Ia bermakna masih ada lagi peluang di tempat lain yang perlu kita terokai. Kan.

Ingin hubungi saya

wasap.my/60176650814