HARTA ANAK YATIM AKAN DIMAKAN ZAKAT
Katakanlah korang diamanahkan untuk jaga dan tadbir harta anak yatim. Apa yang akan korang buat dengan harta yang banyak tu? Biarkan atau laburkan?
Tapi dari mana datangnya anak yatim ni?
Sesiapa sahaja yang kematian ayahnya akan dipanggil anak yatim, sehinggalah ia akil baligh. Setelah itu, ia bukan lagi anak yatim. Kalau ko jumpa orang dah berumur 40 tahun mengaku anak yatim, ko positif je lah, yang dia bermaksud semasa kecilnya dia seorang anak yatim.
Untuk mudahkan cerita saya kasi contoh yang senang korang nak bayangkan. Anak Abam yang lelaki. Katakanlah Abam ada harta yang banyak contohnya 1 juta ringgit dalam bank. Isterinya pula sebagai pemegang amanah. Apakah yang perlu dilakukan dengan harta yang banyak ini?
Penyelesaian
Kita tahu bahawa harta tu perlulah digunakan dengan sebaiknya untuk anak Abam yang masih kecil itu. Katakan setiap bulan perbelanjaan RM1000 untuk anak itu. Setahun 12 ribu ringgit. Masih berbaki banyak duit dalam bank.
Bila dah cukup setahun, kena lah bayar zakat. Kalau RM1 juta… zakat ialah RM25 ribu. Lebih banyak daripada yang digunakan untuk anak kecil tu. Persoalan, adakah salah atau berdosa pemegang amanah menyebabkan harta itu dimakan zakat setiap tahun?
Nak tahu jawapan?
Ok, pemegang amanah ditugaskan untuk menjaga harta. Bukannya meniagakan atau melaburkan harta tu. Jadi apabila dia menunaikan hak anak kecil itu, dia telah melakukan tanggungjawabnya.
Firman Allah an-nisa: 58.
إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا
Bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
Tetapi korang kena tahu, sebenarnya nabi ada bersabda
اتَّجِرُوا فِي أَمْوَالِ الْيَتَامَى ؛ لِئَلَّا تَأْكُلَهَا الصَّدَقَةُ
“niagakanlah harta anak yatim agar tidak dimakan zakat” HR Dar Qutni
Hadis ini menyuruh kita untuk mengembangkan harta anak yatim agar lebih menjaga kebajikan mereka di masa akan datang.
So apa pandangan korang? Nak niagakan? Atau laburkan? Tentunya ada persoalan, bagaimana kalau rugi? Saya tinggalkan persoalan untuk anda cari jawapan…