TOUCH N GO+ KINI PATUH SHARIAH
Dahulu semasa pelancarannya ia masih tidak patuh syariah kerana menggunakan medium pelaburan di syarikat konvensional. Kini semuanya telah berubah di mana TnG telah benar-benar merealisasikan hasrat penganut agama Islam agar sistem kewangan juga menuruti hukum hakam agama.
Ramai cendekiawan seperti Dr Zaharuddin turut menyatakan keharamannya kerana faktor syubhah yang terkandung pada pelaburan yang ditawarkan. Namun seteleh beberapa bulan TnG berjaya mencapai status patuh syariahnya. Ini menunjukkan komitmen pemegang saham dalam memastikan hasil yang diperolehi diberkati dan diredai Allah.
APA KELEBIHAN GO+ INI?
Siapa diantara kita yang tidak menggunakan Touch n Go? Malangla orang tersebut. Bukan apa, kalau nak bayar tol di Lebuhraya, pastinya ia punya kelebihan yang banyak. Semua pintu gerbang tol telah menggunakan TnG sepenuh pada masa kini. Kalau anda tidak menggunakan khidmat TnG, lantas perkhidmatan manakah yang anda gunakan.
Kini ada telah ada dalam bentuk aplikasi telefon pintar. Majoriti kita memang mempunyai telefon pintar. Jadi buka sahaja apps Playstore dan muat turun segera. Anda boleh hubungkan kad TnG dengan aplikasi ini, justeru anda tidak lagi perlu walk-in ke kaunter TnG untuk menambah nilai kredit. Apabila anda tambah nilai aplikasi anda, ia automatik akan tersambung ke kad TnG yang anda gunakan.
Jadi selagi apps anda mempunyai baki, selagi itulah kad TnG anda boleh digunakan tanpa rasa resah di minda.
APA ITU GO+?
Produk ini telah tersedia dalam aplikasi TnG anda. Anda boleh lihat di bahagian atas dan terus tekan untuk menyertainya. Ia satu medium pelaburan yang disediakan kepada para pengguna aplikasi ini dengan menjanjikan pulangan yang menarik kepada para peserta.
Pulangan yang ditawarkan sekitar 1.43% setahun. Walau tidak setinggi ASB atau TH, ia masih berbaloi kerana wang yang berada di e-Wallet anda biasanya kekal tanpa sebarang dividen. Kalau ada peluang sebegini sebaiknya anda rebut sahaja. Disamping dalam dompet ada duit, duit itu pula boleh bertambah secara senyap.
Setelah itu, tekan butang UPGRADE dan anda perlu mengemaskini beberapa maklumat diri seperti gaji tahunan, percukaian dan lain-lain. Setelah itu anda akan dibawa ke halaman ini.
Anda boleh menekan butang MAXIMUM untuk memasukkan kesemua wang anda ke dalam GO+. Setelah itu tekan NEXT.
Untuk makluman, duit anda di dalam e-wallet boleh digunakan secara terus untuk sebarang pembayaran. Tidak perlu untuk cash-out terlebih dahulu. Kan mudah sebegini.
Anda boleh lihat interface yang berbeza apabila anda menekan butang GO+. Di situ tercatat kadar keuntungan yang dijangka pada waktu itu, dan mungkin berubah mengikut kadar keuntungan semasa.
Sebenarnya kadar keuntungan tidak boleh kadar tetap, kerana kadar tetap tidak dibenarkan dari sudut syariah. Jadi kadar ini hanya sebagai panduan kita sahaja. Kadar sebenar boleh disemak dari masa ke masa.
RUMUSAN
Bagi bukan pengguna TnG e-wallet saya cadangkan jom kita mula gunakannya kerana banyak faedah yang boleh kita dapati daripadanya. Salah satunya ialah medium pelaburan yang disediakan atas wang simpanan kita di e-wallet ini. Bagi yang sedang menggunakan TnG, langganlah GO+ kerana ia menambah nilai ke atas wang anda untuk jangka panjang.
Ya betul mungkin bukan setiap hari kita menggunakannya. Tapi disebabkan itulah GO+ dapat memberi manfaat atas wang yang tidak digunakan. Yang paling best ialah keuntungan itu diperolehi secara harian. Best tak best? Ada yang dah langgan GO+ yang patuh syariah? Jom kongsikan dengan kami.
JOM SUBSCRIBE CHANNEL YOUTUBE KAMI. SOKONGAN ANDA SANGAT BERMAKNA
Klik di sini ya: https://youtu.be/6f7x-Yjbi7Y