Jual beli, Pelaburan

CARA SEMAK INSURAN/TAKAFUL MRTT/MRTA LPPSA

Antara cara yang mudah untuk menyemak jumlah bayaran yang diperlukan untuk insuran/takaful LPPSA adalah bukan melalui laman web LPPSA. Ini kerana di laman web tersebut terlalu banyak yang perlu diisi jika ingin menyemaknya. Jadi saya cadangkan anda membuka mana laman web penyedia khidmat takaful. Dalam hantaran kali ini, saya cadangkan anda membuka laman Takaful Ikhlas untuk menyemak kadar tersebut. Anda boleh klik di pautan ini untuk menyemaknya.

  1. Isikan nama anda. Tak perlu nama sebenar. Apa-apa sahaja pun boleh.
  2. Masukkan jantina. Hanya lelaki dan perempuan sahaja disediakan, jantina pertengahan tiada.
  3. TARIKH LAHIR: Sebaiknya masukkan tarikh lahir sebenar supaya jumlah yang perlu dibayar juga bertepatan.
  4. UMUR: Masukkan umur yang genap pada tarikh membuat pemasukan.
  5. SKIM PPA1M: Pilih jika berkaitan.
  6. NILAI PINJAMAN DIPOHON: Masukkan nilai rumah yang dibeli Jika anda membeli rumah berharga RM330,000, masukkan jumlah tersebut.
  7. NILAI HARTANAH TANPA PENILAIAN: Masukkan nilai harga rumah yang dibeli.
  8. NILAI HARTANAH DENGAN PENILAIAN: Masukkan nilai yang sama seperti di atas.
  9. JENIS BANGUNAN: Pilih yang berkaitan. Jika anda beli rumah teres pilih daripada pilihan yang disediakan.
  10. STATUS BANGUNAN: Pilih bangunan siap
  11. TEMPOH PINJAMAN: Pilih 30 tahun atau mengikut kelayakan anda.

SETELAH ITU

Klik kalkulator. Anda akan dapat lihat jadual seperti di bawah

Disebabkan umur pemohon adalah 40 tahun, maka bayaran takaful yang perlu dibayar adalah sebanyak RM33,952.00 sepanjang 30 tahun. Kemudian jumlah ini dicampurkan dengan harga rumah. Itulah jumlah sebenar pembiayaan yang ditanggung melalui pembiayaan LPPSA. Kalau dalam kes ini, jumlahnya ialah RM386,500.24.

PANDANGAN SAYA

Bayaran takaful adalah tinggi disebabkan umur yang telah menjangkau 40 tahun. Adalah terbaik untuk mana-mana penjawat awam membeli rumah seawal mendapat pengesahan jawatan tanpa menunggu hingga umur melebihi 40 tahun.

Apa yang saya sebutkan di sini adalah melalui pemerhatian selama menjadi perunding hartanah. Banyak pelanggan yang ingin mengetahui bagaimana mengira tetapi tidak tahu caranya. Jadi di sini saya tunjukkan cara yang saya rasakan sangat-sangat mudah berbanding jika melawat laman web LPPSA sendiri.

Walaupun saya menyertakan pautan Takaful Ikhlas, bukanlah bermakna anda perlu memilih syarikat ini sahaja. Mana-mana syarikat takaful boleh anda pilih mengikut selera anda.

Moga apa yang diterangkan dapat memudahkan para penjawat awam untuk mendapatkan jumlah anggaran takaful.