Jual beli, Lelong, Pelaburan

APA NAK BUAT BILA RUMAH KENA LELONG?

Anda tahu kenapa rumah dilelong? Adakah bank sengaja berbuat demikian? Tapi paling penting jika berlaku, apa yang perlu dibuat?

Kenapa rumah kena lelong?

Ramai mengalami masalah rumah dilelong lebih-lebih lagi selepas kena buang kerja dan perniagaan terpaksa ditutup. Tak dapat bayar bank, tak dapat nak sara keluarga, banyak hutang yang terpaksa ditanggung. Banyak kesan yang kita tidak nampak daripada ketidakmampuan membayar hutang ini. Nama juga menjadi disenarai hitam malah boleh menyebabkan menjadi bankrap.

Tapi macamana nak bantu orang yang rumahnya nak kena lelong ni? Ada idea?

Terdapat beberapa pemilik rumah yang tetap tak nak keluar rumah walaupun rumah tu dah ada tuan yang baru. Duduk di situ sehingga berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Jaranglah ada kes sebegini, pemilik baru membiarkan pemilik lama tinggal bertahun-tahun.

Pertama:
Korang tahu tak, sebelum rumah korang nak kena lelong, akan ada panggilan dari orang yang tidak dikenali hubungi korang. Kalau korang ada download truecaller korang akan dapati panggilan ini diberi nama SCAMMER. Tapi korang tahu tak siapa yang biasa call kalau anda terlewat bayar ansuran rumah? Bukan scammer..ok. Orang bank yang call nak tuntut hutang korang la.

Nasihat saya, angkat panggilan tu. Jangan buat dek je. Tanya berapa tunggakan yang ada.



Kedua:
Dah angkat panggilan? Dah tahu berapa tunggakan? TAhu apa yang perlu dibuat? Korang kena lah bayar tunggakan tu. Mungkin dengan cara meminjam dari sedara mara atau along.
.
Eh.. jangan pinjam dari along. Bahaya. Riba pula tu, ranciak berdosa. Tapi korang tetap kena cari jalan untuk bayar dengan cara tanpa meminjam. Kalau tak…
.
Ketiga:
Tunggu surat lelongan. nanti pasti ada pihak bank akan tampal notis depan rumah. Biasanya kalau rumah tu ada orang, notis tu akan dicabut sebab malu dengan jiran. Kalau tak, nanti diorang tahu. Riuh sekampung jadinya.
.
Tapi jangan korang buang terus, ambil no telefon yang ada kat situ, dan terus hubungi. Sebenarnya tak banyak benda yang korang boleh buat untuk menghalang lelongan kecuali dengan membayar tunggakan. Bila dah bayar, lelongan akan dibatalkan.
.
keempat:
Korang cari mana-mana ejen untuk jualkan rumah tu dengan kadar segera. Tapi korang juga kena carikan pembeli yang sanggup keluarkan cash untuk bayar tunggakan tu. Selagi tak dapat tunggakan, bank tidak akan semudahnya melepaskan rumah tersebut untuk jualan. Pembeli tersebut mengambil risiko dengan membayar bagi pihak pemilik kerana banyak perkara benda boleh berlaku dalam proses jual beli yang menyebabkan pembeli kehilangan sejumlah wang jika apa2 berlaku kelak.
.
kelima
Kalau semua usaha yang korang lakukan tak berjaya, saya cadangkan, biar sahaja rumah korang tu dilelong. Tapi korang kena la bersedia untuk cari rumah lain sama ada balik kampung atau menumpang di rumah adik beradik sementara waktu.
.
Bank akan lelong rumah korang dengan harga pasaran untuk lelongan pertama. Kalau tiada pembeli untuk, ia akan dilelong untuk kali kedua lebih kurang 3 bulan kemudian dan harganya akan diturunkan sebanyak 10% setiap kali tiada yang berjaya membidanya. Kenapa jadi macam tu? Bank sebenarnya nak cepat jual rumah tu sebab nak tutup hutang yang korang buat tu. Selagi tak ada pembeli, harga akan semakin diturunkan. Pada bank paling penting adalah untuk meminimakan kerugian yang dialami. Dia takkan fikir korang dah makan ke belum, ada kerja ke takde.
.
Kalau ada pembeli, bank hanya akan ambil hutang korang je, kalau ada baki, korang dapatlah. Kalau takde, takde lah. Tapi saya doakan, semua rumah yang kena lelong, tuan rumah tu dapat baki duit dari lelongan tu. Moga dipermudahkan urusan korang.

Owner tak nak keluar rumah?

Biasa yang berlaku, pemilik baru akan meminta pemilik lama keluar dari rumah tersebut. Malang baginya kerana ada pemilik lama yang sanggup merosakkan rumah, pecahkan tingkap, sumbatkan tandas, dan macam-macam lagi lah kerosakan sebelum keluar dari rumah tersebut.

Apa-apa pun, jangan ambil benda yang bukan hak anda. Kalau rumah telah dilelong, bermakna ia bukan lagi milik anda. Ingat ya.