Apa makna dividen ASB 2021 di tahun 2022?
Tahun ini menyaksikan kadar dividen yang masih lagi tidak memberangsangkan sejak tahun 2018. Prestasi masih lagi ala kadar berbanding tahun-tahun terdahulu. Tapi adakah masih berbaloi untuk melanggan ASB financing sekarang? Ye sekarang.
Berapa kadar bank pada ketika ini?
Katakanlah korang ambil loan RM100k kadar 3.30% akan dikenakan. Paling penting yang korang kena tahu kadar ni adalah kadar semasa bergantung kepada kadar asas yang ditetapkan oleh Bank Negara.
Apa maksud kadar asas ni? Kalau korang tengok jadual ni, kadar asas Maybank pada masa kini ialah 1.75% ditambah dengan 1.55% jadinya kadar tahunan ialah 3.3% bagi 36 bulan pertama dan 3.55% bulan-bulan seterusnya.
Kalau nak meminjam dari bank, ini yang korang kena tengok sebelum buat loan. Tapi kena pastikan loan korang lebih dari RM30k lah, kalau tak, kadar 3.65% dikenakan. Barulah jimat dan untung.
Nak jimat lagi? kalau korang memohon secara online lagi murah korang dapat. Korang boleh dapat kadar 3.45% (BR+1.7%). Mungkin lebih murah sebab tak perlu bayar ejen la kot. Hehe. Tapi nak mohon online ni, kena lah cari info untung rugi ni sendiri-sendiri. Kalau melalui ejen boleh la dia kirakan untuk kita dan berikan maklumat yang perlu kita tahu.
Ok, korang pun tahu ASB dah umumkan dividen 5.00% untuk tahun 2021.
Untung ke tidak?
Kalau kadar bank tahun ni ialah 3.55%, lepas tu dividen pula 5.00%, korang untung ke tidak?
Jom kira berapa bayaran bulanan korang dulu. Katakan korang pinjam 100k selama 30 tahun korang akan kena bayar bulanan sebanyak RM447, kalau setahun RM5364.00.
So korang akan untung la sebanyak RM136.00.
Tapi korang jangan lupa… jangan lupa….satu benda ni… iaitu korang kena tolak zakat 2,5% dari keuntungan tu.
Apa-apa perniagaan pun kena tolak zakat woiii, bela lembu kena zakat, bela kambing pun kena zakat. Meniaga buku pun kena zakat. Ni duit simpanan, pun kena la beb. Cukup setahun… cukup lah haul.
Jadi tahun 2021 kalau korang ada 100k dalam akaun, dengan hanya keuntungan RM136.00, tak ada apa yg korang boleh buat dengan duit ni. Tapi korang akan nampak duit sebenar korang tu bila dah surrender akaun tu.
Kesimpulan
Kesimpulannya ialah kalau sekadar nak kaut untung tapi tak nak bayar zakat, elakkanlah buat macam tu. Bagitaulah pada orang yang ajak korang buat financing ASB tu supaya insaf dan buat perkiraan yang bijak tanpa mengenetepikan agama.
Bila dah buat kiraan, fikirkan yang terbaik dari pelbagai sudut. Jom cari medium pelaburan yang lebih menguntungkan selain ASB Financing.
Jangan lupa subscribe channel ini untuk lebih kandungan menarik. Ok bye. See you next time